Connect with us

Resepi

Rendang Tok Asli Negeri Perak Penambat Selera

Published

on

Saya bukanlah orang Perak. Tapi bila sebut pasal rendang, dalam banyak-banyk versi di Malaysia ni, Rendang Tok Asli Negeri Perak juga yang menambat selera tekak saya. Teksturnya yang kering kering tak berkuah, pedas-pedas rempah dan cili, harum sangat. Masak sampai kering gelap atas dapur berjam-jam perlukan kesabaran.

Kali ni saya buat daging 1 kilo setengah campur limpa 1 kilo. Saya belajar resepi ni dengan orang Perak juga. Semua bahan-bahan rencah dikisar kering. Saya halalkan resepi ni untuk yang suka mencuba.

Bahan-Bahan Hiris:

  • 10 biji bawang rose dihiris halus
  • 1-2 labu bawang putih dihiris halus
  • 4 inci halia dihiris halus

Bahan-Bahan kisar:

  • 2 genggam cili kering pedas @ kurang pedas (dicuci, direbus, nak buang biji pun terpulang ya. Disangai dalam kuali sampai kering. Blend kering TANPA AIR)
  • 2 ketul lengkuas
  • 5 batang serai (dikisar kasar dengan air, lepas tu diperah buang airnya. kita guna hampas sahaja ya)
  • 1 senduk biji ketumbar (disangai dan dikisar kering)
  • jintan manis & jintan putih optional ya, boleh letak kalau suka

Bahan-Bahan Utama Lain:

  • 1 1/2 kg daging pejal biasa yang ada lemak sikit-sikit (bukan batang pinang, kita nak flavour dari lemak-lemak daging juga)
  • 900 gm limpa

Daging & limpa ni kita lakukan proses ‘mati air’ dulu sampai airnya kering. Maksudnya rebus dalam periuk TANPA AIR. Masak biar air daging tu keluar sendiri, sampailah air tu kering semua.

  • 2 kg santan asli pekat
  • 2 keping besar gula nisan (kalau guna gula melaka, boleh kurangkan sikit)
  • 2 senduk kerisik
  • daun kunyit hiris

Cara Memasak:

1. Reneh santan atas kuali sambil kacau dalam 10 minit. Api sederhana je. Masukkan bahan-bahan hiris. Masukkan cili kering yang dikisar kering tadi. Masak sampai terbit minyak sikit.

2. Seterusnya, masukkan daging dan limpa. Masukkan bahan-bahan kisar yang lain dan masak sampai pecah minyak. Masukkan kerisik dan gula nisan serta masukkan perisa dan garam.

3. Akhir sekali, tabur daun kunyit. Masak sampai kering. Kacau selalu. Proses ni dalam 2-3 jam juga. Bergantung pada kuantiti daging.

Nota: Kalau daging belum empuk, air boleh tambah jika perlu saja ya. sebab resepi ni kalau boleh kita nak kurangkan air. Selamat Mencuba.

Sumber: Izani Shadila

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending