Connect with us

Resepi

Puding Kastard Roti Dan Jagung Berkrim

Published

on

Kalau beli jagung krim, kebiasaannya kita akan buat puding kastard jagung kan. Disebabkan dan biasa sangat buat resepi tu, As try pulak buat puding kastard jagung dan roti ni. Alamak, sedap pulak. Sebekas tu kejap je abis. Rasa lemαk berkrim dan makan sejuk-sejuk memang asyik. Mαnisnya pun secukup rasa. Jadinya, As nak share resepinya ngan kawan-kawan tersayang. Jom semak.

Bahan-Bahan:

  • 3 keping roti putih
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 tin jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 700ml air
  • 1 pek/10g serbuk agar-agar
  • Pewarna kuning, oren dan hijau

Cara Membuatnya:

1. Gris atau sapu nipis marjerin di dalam bekas acuan pudding. Buang kerak tepi roti. Then, potongkan roti kepada kiub kecil.

2. Blend halus potongan roti, susu cair, telur, tepung kastard, esen vanilla, jagung manis dan gula. Kisar bahan sehingga betul-betul halus.

3. Masakkan air dan serbuk agar-agar. Kerapkan menggacau supaya adunan tidak berketul.

4. Bila agar-agar dah larut, masukkan bahan kisar dan masakkan dengan api yang perlahan. Gaul sehingga adunan menjadi pekat dan mendidih.

5. Bahagikan kepada tiga adunan untuk diletakkan pewarna. Adunan dijadikan warna oren, kuning dan hijau.

6. Masukkan adunan yang pertama iaitu yang berwarna oren. Ratakan adunan tersebut di dalam bekas pudding. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga agar-agar oren sejuk dan keras.

7. Ulang langkah untuk lapisan berwarna kuning dan hijau. Selesai ketiga-tiga lapisan, sejukkann puding dalam masa anggaran 3 jam.

Untuk gambar ni, As buat 2 adunan. Ada lebih sikit adunan tu, as tuang dalam bekas lain pulak. Selamat mencuba uolls. Ajak anak-anak sekali pun best.

Sumber: Asrinna Bakri

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Puding Buah Kuah Kastard Mudah Dan Sedap

Published

on

Hi semua.. Harini nak share resepi simple tapi sedap. Resepi Puding Buah kuah Kastard by Mr.Ali. Jom start! Jangan risau, siapa-siapa je boleh buat, mudah sangat dan bahan pun tak banyak!.

Bahan-Bahan Puding:

  • 2 setengah cawan air
  • 4 sudu makan tepung kastard
  • 4 sudu makan gula
  • 1 tin susu cair

Texture puding ni bukan macam agar-agar tau, dia lembik sebab saya suka blend dengan sos kastard nanti. Kalau nak keras sikit tambahkan 5 gram agar-agar serbuk. Gaul dengan bahan di atas baru on api, dalam resepi saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar.

Bahan Kuah Kastard:

  • 2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 4 sudu makan gula
  • secubit garam

Cara Membuat:

1. Puding; Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu, bila dah sebati baru on api perlahan. Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.

2. Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti sejuk.

3. Kuah Kastard; Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati, baru on api. Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan. Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.

4. Bila puding dah keras, hiaskan la dengan buah apa yang anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi. Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap.

Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk. Selamat mencuba semua!.

Sumber: Muhammad Ali

Continue Reading
Advertisement

Trending