Connect with us

Resepi

Pertama Kali Buat Pun Menjadi Resepi Apam Kampung Pandan

Published

on

Apam pandan kampung ini sangat sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi, minum petang, atau sebagai pencuci mulut. Kombinasi tekstur lembut apam dengan rasa lemak dan sedikit masin daripada kelapa parut pasti memikat selera.

Apam adalah salah satu kuih tradisional yang lembut, wangi dan sangat digemari. Resepi ini sangat sesuai untuk anda yang ingin mencuba membuat sendiri apam kampung di rumah.

RESEPI APAM KAMPUNG PANDAN

Bahan-Bahan:

  • 3 ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan air pandan (9 helai daun pandan, dikisar dan ditapis)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan
  • 1 peket yis kering (Mauripan, 11g)
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan:

1. Satukan semua bahan di dalam sebuah mangkuk besar. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul.

2. Masukkan pewarna hijau sedikit demi sedikit sehingga warna yang diinginkan tercapai.

3. Perap adunan selama 1 jam atau lebih. (Tip: Perap dalam bekas besar untuk mengelakkan adunan melimpah.)

4. Sapu sedikit minyak pada loyang untuk mengelakkan apam melekat.

5. Tuang adunan yang telah diperap ke dalam loyang.

6. Panaskan pengukus. Masukkan loyang berisi adunan dan kukus selama 30 minit atau sehingga apam masak. (Gunakan lidi atau pisau untuk mencucuk bahagian tengah apam—jika tidak melekat, apam sudah masak.)

7. Setelah masak, tutup api dan biarkan apam sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.

8. Potong apam yang telah sejuk kepada saiz kecil.

9. Gaulkan potongan apam dengan kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam untuk menambah rasa lemak.

Tip Tambahan:

1. Jika anda ingin rasa yang lebih wangi, gunakan daun pandan segar untuk membuat air pandan.

2. Kukus kelapa parut terlebih dahulu supaya ia tahan lebih lama dan tidak cepat basi.

Sumber: Norhazlin Zakaria 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending