Connect with us

Sukan

Permohonan Maaf Kepada Peminat dan Pasukan Johor Darul Ta’zim

Published

on

Angkara sikap dan perbuatan penyokong, pasukan Sabah FC membuat permohonan maaf kepada seluruh peminat dan pasukan JDT atas sikap dan perbuatan peminat mereka yang membaling botol air ke arah padang serta kawasan teknikal di tepi padang dalam perlawanan di Stadium Likas pada jumaat lalu.

Menurut pengurus pasukan Sabah, Ahmad Marzuki Nasir apa yang telah berlaku pada pertembungan tersebut tidak boleh dijadikan sebagai satu kebiasaan dan beliau berharap agar perkara tersebut tidak akan berlaku pada masa akan datang.

Menurutnya ada tindakan dari pihak di luar padang permainan membuatkan pasukan Sabah tidak boleh menerima perkara tersebut.

Katanya lagi, emosi akan sentiasa memuncak semasa perlawnaan yang kompetetif tetapi sepatutnya pada masa yang sama perlu ada kawalan yang ditunjukkan oleh semua pihak bagi perlawanan berjalan dengan lancar, keselamatan semua pihak termasuk peminat, pemain dan pegawai terjamin.

“Sehubungan itu Sabah juga ingin memohon maaf kepada penyokong JDT yang berkunjung ke Stadium Likas untuk perlawanan itu,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Umum mengetahui dalam perlawanan di Likas tersebut, pasukan Sabah FC tunduk 1-2 dengan pasukan Johor Darul Takzim dan beberapa insiden tidak baik telah berlaku di penghujung babak perlawanan Liga Super 2022 tersebut.

Jika ditinjau di media sosial rata-rata peminat Sabah mengatakan rasa tidak setuju dan kurang berpuas hati dengan sikap peminat di Stadium sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.

Rata-rata daripada peminat juga berharap agar pihak pengurusan kelab dapat membuat kawalan yang lebih ketat di stadium terutama dalam permainan yang berprofil tinggi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sukan

Harimau Malaya berjaya menang di Bukit Jalil

Published

on

Tahniah buat pasukan Harimau Malaya selepas berjaya menundukkan pasuakan Thailand dengan keputusan 1-0 untuk saingan Separuh Masa pertama di Stadium Bukit Jalil.

Malaysia berjaya menjaringkan gol pada minit ke-11 menerusi pemain Faisal Halim.

Malaysia sepatutnya boleh menambah jaringan di separuh masa kedua selepas tandukan Dominic Tan digagalkan oleh pengadil perlawanan.

Malaysia membawa 1 bekalan gol ke Stadium Thammasat, Thailand pada 10 Januari ini.

Continue Reading
Advertisement

Trending