Connect with us

Tips Dan Petua

Nampak Benda Kecik, Tapi Inilah “D0sa Pampers Anak” Yang Selalu Dok Kita Buat

Published

on

Nampak Benda Kecik, Tapi Inilah “D0sa Pampers Anak” Yang Selalu Dok Kita Buat

Dosa yang terhijab. Ramai di antara kita ni kadang-kadang tidak perasan bila melakukan perkara yang mungkin menyinggung atau menyusahkan orangn lain. Terutamanya dengan ibu bapa. Hati seorang ibu itu sangat lembut, kadang dengan bahasa badan tu pun boleh menyinggung tapi mereka sentiasa berfikiran positif tanpa menyalahkan anak-anak mereka.

Sebuah perkongsian yang mendapat lebih 32 ribu share tentang pampers anak. Kenapa dengan pampers anak ni? Jom baca di bawah dan semoga kita semua sedar dan lebih peka selepas ini.

DOSA PAMPERS ANAK

Hari ni Mummy Fizah nak share 1 perkara dengan uolls semua. Setelah dapat izin ayah Mummy, baru Mummy berani nak share kisah niii. Apa yang Mummy share ni semoga dapat jadi kan pengajaran untuk kita dan generasi akan datang. Zaman sekarang ni dah jarang sangat orang pakai lampin yang berulang pakai. Mejoriti guna lampin pakai buang kansss. Hanya segelintir saja yang masih guna cara lama cuma kaedah sahaja berbeza.

Kalau dalam family Mummy, yang dah jadi mak2 ni memang semua lah pakai lampin pakai buang ni. Semua jenis mak2 nak cepat express. Kebiasaannya bila dah ramai-ramai di kampung mak ayah, lepas mandikan anak-anak kami kumpul 1 tempat pampers anak-anak. Cucu ayah semua ada 7 orang setakat ni. Nampak sikit je 7 orang kannn. Tapiii bila dah kul 12 tengahari masing2 dah mandi , memang penuh 1 beg plastik pampers yang dah guna.

Sampailah suatu hari, kami adik beradik ipar lepas 2 hari di kampung masing-masing berkemas dan bersedia untuk balik ke lubuk rezeki masing-masing. Ada yang balik pagi. Ada yang balik tengahari. Ada yang bila-bila nak balik pun boleh. Sebab rumah sekangkang kera je dengan rumah mak ayah. Bila menjelang malam, dapat wasap panjang dari ayah dalam group adik beradik. Masa tu baru je sampai perlis dari johor. Dengan tenang dan rasa gembira bukaklah wasap dari ayah. Sebab mesej dari ayah kansss mustilah manyak gumbiraaa.

” Mintak maaf dulu lah ya anak-anak. Ayah nak cerita sikit ni. Semoga kita semua terpelihara dari dosa yang terhijab.”

Sepanjang ayah bersama emak membesarkan anak seramai 5 orang di rumah atok ketika tu, antara sifat emak yang anak-anak kena tahu, emak tak pernah membiarkan lampin atau baju anak-anak di bilik air atau tinggal di bilik air kerana bimbang atok akan membasuh najis atau baju anak-anaknya.

Walaupun dalam pantang 5 orang anak, sekalipun emak takkan biarkan baju atau lampin anak-anak atuk nampak sebab takut atuk tolong basuh. (Orang johor guna ‘atuk’ utk panggil nenek/opah)

Semua tu sebab nak jaga jangan sampai orang tua bersusah payah basuh semua najis anak-anak kita sendiri. Ditakuti ada rasa sedih di hati orang tua tapi didiamkan. Jika ini berlaku, kita akan berdosa.

Oleh kerana zaman telah berubah, anak-anak juga harus cekap uruskan semua ni seperti ibumu. Tak kiralah samada di rumah mak ayah atau di rumah mertua.

Lagi satu sifat ibumu, dia takkan banyak cakap walaupun dirinya penat.” Ayah minta maaf. Semuanya untuk kebaikan kalian dunia akhirat. Sebelum ayah takde di dunia ni, ayah nasihatkan aje. Bila ayah dah xde nanti takde sapa akan ingatkan anak-anak semua. Ayahmu-

Hah amik kauuuuu. Bukit hempap atas kepalaaa. Berjurai-juraiii air mata Mummy masa tuuuu. Memang nyesal tahap melangitlah. Rasa nak patah balik aje dari Perlis ke Johor. Terus call mak minta ampun mintak mahappp (mase tu mak dah nak tidooo) Mak gelak jeee.

“Alah xde benda lah. Mak tak kisah punnn. ” Adoii mak niii.. Hati mulia seorang ibu tetap katakan perkara yang sedapkan hati anakkk. Rasa bersalah tahap gunung everest tu sampai sekarang ada.

Memang sebelum-sebelum ni kadang-kadang bila dah cebok mandikan anak tu, pampers kitorang letak satu tempat untuk buang. Tapi kadang2 terlupa sampailah bila dah masuk kereta baru teringat nak buang. Sejak dari peringatan tu, kami adik beradik ipar duai memang akan buang pampers anak masing-masing sebelum balik. Atau nak mudah kami masing-masing akan kumpul dan bawa balik pampers anak-anak.

Buang di mana2 tong sampah awam yang sesuai on the way balik. Kalau di rumah mak mertua pulak, Mummy akan paksa suami pergi buang pampers2 anak ke belakang rumah tempat pembuangan sampah. Mummy rasa bersyukur sangat ayah kuat untuk tegur dan bagi nasihat dalam hal ni tauuu.

Kalau tak kami tak sedar semua tu salah. Selama-lamanyaaaa berdosa. Perasan bagusss lah kan balik umah mak ayah tiap-tiap mingguuu. Tapi rupanya balik tu tinggalkan hampas yang susahkan mak ayah.huhu (rasa teruk betul bila Mummy ingat balik. Benda simple pun tak sedorrr)

Sama2 kita ingatkan suami. Suami ingatkan isteri. Dua2 kene peka pasal pampers ni. Benda kecil boleh jadi asbab pada dosa membukittt.

Sumber : Fizah Rosli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk, Cepat Hidup Dan Mudah Membiak

Published

on

Cara Tanam Pokok Pudina Guna Pucuk, Cepat Hidup Dan Mudah Membiak

Pokok pudina antara herba yang sangat popular ditanam di rumah kerana mudah dijaga dan mempunyai banyak kegunaan. Daunnya sering digunakan dalam minuman, masakan dan pelbagai hidangan kerana aroma segarnya yang menyenangkan.

Menariknya, pokok pudina juga sangat mudah dibiakkan. Dengan teknik yang betul, hanya beberapa pucuk sahaja sudah cukup untuk menghasilkan banyak pasu baru dalam masa yang singkat.

Bagi yang ingin berjimat dan mahu menambah koleksi tanaman herba di rumah, kaedah tanam pudina menggunakan pucuk adalah antara cara paling mudah dan cepat berhasil.

Kenapa Ramai Pilih Tanam Pudina Guna Pucuk?

Berbanding kaedah rendaman batang dalam air, teknik menggunakan pucuk lebih cepat untuk menghasilkan akar dan pertumbuhan baru.

Selain itu, ia juga lebih praktikal kerana tidak memerlukan banyak peralatan. Dengan hanya beberapa batang pudina matang, pokok baru boleh dibiakkan berkali-kali.

Pilih Medium Tanah Yang Sesuai

Pokok pudina memerlukan tanah yang ringan, gembur dan mudah menyimpan kelembapan.

Antara medium yang sesuai ialah tanah organik atau campuran tanah sawit yang mempunyai saliran air yang baik. Tanah yang terlalu padat boleh menyebabkan akar sukar berkembang.

Gunakan Pucuk Yang Sudah Matang

Pemilihan pucuk memainkan peranan penting untuk memastikan pokok cepat hidup.

Pucuk yang matang biasanya mempunyai batang berwarna sedikit ungu atau keperangan muda. Pucuk jenis ini lebih kuat dan mempunyai kadar hidup yang lebih tinggi.

Elakkan menggunakan pucuk yang terlalu muda kerana batangnya masih lembut dan mudah layu selepas ditanam.

Cara Tanam Pucuk Pudina

Selepas memilih pucuk yang sesuai, cucukkan batang pudina ke dalam tanah yang sudah digemburkan.

Kemudian siram sehingga tanah benar-benar lembap. Pastikan air mencukupi supaya pucuk cepat menyesuaikan diri dengan medium baru.

Simpan Di Tempat Teduh Pada Peringkat Awal

Selepas ditanam, letakkan pasu di kawasan teduh selama satu hingga dua minggu.

Pada peringkat ini, elakkan cahaya matahari secara terus kerana pucuk masih belum mempunyai akar yang kuat. Jika berjaya hidup, daun akan kekal hijau dan mula mengeluarkan tunas baru.

Dedahkan Kepada Cahaya Matahari Secara Beransur

Apabila pokok mula stabil dan tumbuh daun baru, barulah ia boleh didedahkan kepada cahaya matahari secara perlahan-lahan.

Pokok pudina yang sudah matang sebenarnya boleh hidup dengan baik di bawah cahaya matahari penuh asalkan mendapat air yang mencukupi.

Pembajaan Ringan Untuk Pertumbuhan Lebih Subur

Selepas usia pokok mencecah sekitar dua minggu, sedikit baja boleh diberikan untuk membantu pertumbuhan daun dan akar.

Gunakan baja dalam kuantiti kecil sahaja kerana pokok pudina tidak memerlukan baja yang terlalu banyak.

Kelebihan Tanam Pokok Pudina Di Rumah

  • Mudah dijaga dan cepat membiak
  • Boleh digunakan dalam minuman dan masakan
  • Menjimatkan kos membeli herba segar
  • Memberi aroma segar di kawasan rumah
  • Sesuai ditanam dalam pasu atau ruang kecil

Penutup

Menanam pokok pudina menggunakan pucuk memang antara cara paling mudah untuk mendapatkan banyak anak pokok dalam masa singkat.

Dengan penjagaan asas seperti siraman yang cukup, tanah yang sesuai dan pencahayaan yang betul, pokok pudina boleh tumbuh subur dan cepat membiak di rumah.

Bagi yang baru mahu mula berkebun herba, pokok pudina memang sangat sesuai dijadikan tanaman permulaan.

Continue Reading
Advertisement

Trending