Connect with us

Kewangan

Nak Mudah Simpan Duit, Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Simpan Duit Dengan Bijak dan Berkesan

Published

on

Nak Mudah Simpan Duit, Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Simpan Duit Dengan Bijak dan Berkesan

Korang susah nak simpan duit? Bila simpan cukup bulan korek? Ikut cara brader ni, confirm boleh simpan duit untuk kahwin atau beli kereta. Cubalah

Sifat suka menabung haruslah diterapkan kepada semua anak-anak sejak dari kecil lagi. Jadi, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk melatih anak mereka cara simpan duit dengan memberikan sokongan seperti membeli tabung sebagai galakan untuk terus menabung.

Pada masa kini di m3dia s0sial pengguna sering berkongsi bagaimana cara untuk menyimpan duit dengan cepat. Walau bagaimanapun, setiap tips dan cara simpan duit yang dikongsikan bukannya semua sesuai untuk setiap orang

Setiap individu itu pasti ada cara mereka yang tersendiri untuk mencapai matlamat dalam simpanan duit yang dilakukan.

Memetik perkongsian dari laman World of Buzz, seorang pengguna Fbk telah berkongsi bagaimana cara nak menyimpan duit yang telah digunakannya untuk menabung duit dengan lebih efektif dan fleksibel yang boleh dicuba oleh sesiapa sahaja.

Menurut Khangwei, pada tahun lepas dia telah bercadang untuk menyimpan duit, walau bagaimanapun setelah sembilan bulan berlalu, dia masih lagi gagal untuk merealisasikan keinginannya untuk menyimpan duit tersebut.

Jadi, Khangwei telah mencuba cara kawannya sendiri iaitu dengan membuat simpanan RM20 pada setiap hari. Walau bagaimanapun, Khangwei merasakan jumlah simpanan sebanyak RM20 itu terlalu tinggi dan begitu membebankan dirinya.

Lalu, Khangwei telah mendapat idea baru selepas memikirkan apakah cara yang terbaik untuk dia terus menabung dengan lebih mudah. Dengan cara ini Khangwei telah berjaya menyimpan duit dengan bijak dan berkesan.

1. Simpan sekeping duit RM1 dan RM5 di dalam tabung atau di dalam botol pada setiap hari.

2. Sekiranya tiada sekeping duit RM5 di dalam wallet, haruslah digantikan dengan duit RM1 sebanyak 5 keping.

3. Jika tiada RM1 dan RM5 sekeping dalam tangan, jadi, haruslah meletakkan wang bernilai RM10 sebagai ganti ke dalam tabung.

4. Wajib atau perlu simpan dalam tabung RM50 pada setiap kali hari gaji

Melalui perkongsian Khangwei tersebut, dia menjelaskan yang dia telah mengeluarkan duit simpanannya itu dan mengira jumlah yang telah tersimpan dengan menggunakan tips dan caranya sendiri selepas tiga bulan berlalu.

Ternyata strategi Khangwei itu sangat menjadi kerana dia telah berjaya mengumpul duit yang jumlahnya sama banyak dengan nilai gajinya selama sebulan.

Khangwei turut berpendapat bahawa menyimpan duit di dalam bekas seperti botol air ada kebaikannya yang tersendiri memandangkan dengan cara tersebut dia dapat menghalang dirinya sendiri daripada terus mengeluarkan wang yang telah disimpan itu.

Memang ada betulnya strategi dan tips yang dikongsikan Khangwei. Jom sama-sama kita simpan duit dengan cara ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kewangan

Cukup Sebulan Boleh Dapat RM465 Bermula Hanya RM1

Published

on

Cukup Sebulan Boleh Dapat RM465 Bermula Hanya RM1

Cara menabung yang diusulkan oleh Hafizul Hakim ini memang menarik. Bermula hanya dengan RM1 tapi cukup sebulan dapat RM465.

Syaratnya tabungan kena ada kerjasama suami dan juga isteri. Kena komited ya baru dapat jumlah tu, dan kalau nak dapat lebih banyak praktikkan setiap bulan.

Jika dilakukan secara berterusan selama 12 bulan, total tabungan adalah RM5,580. Banyakkan! Boleh buat macam-macam.

Caranya? Ikut langkah dikongsi Hafizul yang perkongsiannya dapat 22 ribu shaperkongsian.

Simpan duit cara ekstrim

Tip simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:

  • Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
  • Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
  • Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.

Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb. Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar. 3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.

Begitu, mudah je kan.

Hasilnya. Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.

Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan lebih kurang RM5,580.

Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni?

  • kumpul modal deposit rumah
  • kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi)
  • dana kecema san keluarg
  • dana pendidikan anak-anak
  • dana umrah/haji
  • spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.

Best kan! Seronok menyimpan macam ni!

Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna.  Sebarkan kebaikan!

Sumber: Hafizul Hakim

Continue Reading
Advertisement

Trending