Connect with us

Tips Dan Petua

Mudah Nak Buat Rupanya Ini Resepi Keropok Lekor Guna 3 Bahan Saja

Published

on

Mudah Nak Buat Rupanya Ini Resepi Keropok Lekor Guna 3 Bahan Saja

Keropok lekor adalah snek kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan usia. Berbeza dengan keropok biasa, keropok lekor mempunyai sedikit isi ala-ala fish stick.Luarannya yang rangup dan dalamannya lembut menjadikan keropok lekor begitu enak dinikmati.

Sebenarnya, mungkin ramai tak tahu bahawa cara membuat keropok lekor ini tidak begitu sukar. Percaya atau tidak, anda boleh cuba menghasilkannya sendiri di rumah hanya dengan 3 bahan utama saja – seperti resepi yang dikongsikan oleh Puan Eyna ini. Nak tahu caranya? Jom ikuti perkongsian beliau di bawah ini selengkapnya.

Keropok lekor homemade ini saya buat untuk hidangan makan petang. Memang mudah, cepat, dan sangat sedap. Hanya perlu 3 bahan dan anda tak perlu bersusah payah membelinya di kedai lagi.

RESEPI KEROPOK LEKOR 3 BAHAN, SEDAP & MUDAH

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Sos Keropok Lekor, Resipi Original Dari Terengganu

BAHAN-BAHAN

  • 10 ekor ikan kembung / selayang
  • 2 cawan setengah tepung ubi
  • 1 cawan tepung gandum
  • Garam & Ajinomoto secukup rasa

CARA-CARA

Dah ada 3 bahan di atas? Mari tengok cara membuatnya pula. Simple saja.

1. Pertama sekali, kisar isi ikan mentah-mentah guna blender. Tak perlu rebus ya. Masukkan sekali sedikit garam, ajinomoto, dan air sejuk. Kisar sampai sebati.

2. Seterusnya, pindahkan bahan yang telah dikisar ke dalam satu bekas besar. Kemudian, masukkan pula 1 cawan tepung gandum dan 2 cawan setengah tepung ubi.

3. Gaulkan bahan kisar dengan tepung dan uli hingga ia menjadi doh. Bila dah jadi doh, bentukkan jadi panjang-panjang macam keropok lekor mentah yang biasa kita tengok di kedai tu.

4. Langkah seterusnya, rebuskan keropok lekor yang telah dibentuk tadi dalam air yang dipanaskan. Kalau dah masak, nanti keropok lekor akan timbul. Dah bolehlah angkat dan toskan.

5. Sejukkan sekejap dan potongkan kecil-kecil ikut citarasa masing-masing. Ada yang suka nipis, ada yang suka tebal. Terpulanglah ya.

6. Panaskan minyak dan goreng seperti biasa. Inilah hasilnya. Rangup di luar, lembut di dalam. Sedap tau.

WAH, SIMPLE SANGAT RUPANYA!

Dah siap dah resepi keropok lekor 3 bahan. Mudah saja, bukan? Bahan-bahan pun tak susah nak cari. Dengan perkongsian resepi keropok lekor ini, mudah-mudahan lebih ramai yang dapat membuatnya sendiri di rumah. Mana tahu, mungkin ada yang dapat jana pendapatan tambahan sekaligus.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Rupanya Buat Pisang Goreng Kosong Pun Sedap. Cuma Potong Pisang & Goreng, Senang Sangat

Sumber: Puan Eyna

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending