Connect with us

Tips Dan Petua

Mesti Cuba Resipi Apam Kampung Bersarang Ikut Sukatan Cawan Ni, Sangat Mudah

Published

on

Mesti Cuba Resipi Apam Kampung Bersarang Ikut Sukatan Cawan Ni, Sangat Mudah

Sedappnya dapat makan Apam Kampung ni. Selain daripada apam nasi, apam kampung ni pun antara yang jadi kegemaran orang ramai kan. Bukan apa, rasa yang sedap dan bahan-bahan mudah nak dapat.

Tak payah susah-susah nak timbang bagai. Lebih istimewa, resipi kuih ni juga tidak terlalu manis. Sesuai sangat bagi anda yang tak suka guna gula banyak dalam penyediaan kuih.

Nanti bolehlah buat untuk sarapan atau minum petang.Bila apam kampung yang dimasak menjadi gebu tentulah terlagi-lagi nak membuatnya. Bersarang teruk la pulakk..hehe. Jangan tenung lama-lama. Mari membuatnya.

Cara Buat Apam Kampung

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Roti Sendiri Di Rumah Lebih Jimat Memang Gebu Dan Sedap. Modal RM5 Sekeluarga Makan Tak Habis

Bahan-bahan Buat Apam Kampung:

  • 3 cawan tepung gandum
  • Setengah cawan gula merah
  • Setengah cawan gula pasir(klu suka manis 1 cawan gula)
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • Sepeket yis Mauripan 11 gram
  • 2 cawan air.
  • Kelapa parut

Cara memasak:

Masak gula merah dengan gula pasir dan garam td dgn 2 cawan air hingga larut…

Masukkan 2 helai daun pandan..Sejukkan.

Masukkan tepung bersama yis.gaul rata. kemudian masukkan air gula yg tlh sejuk td.gaul hingga sebati. perap I jam (kalau nk bersarang perap la lama ckit 2-3jam hehe) didalam loyang atau bekas plastik yg disapu minyak.

Panaskan pengukus 15 minit sblm mengukus.Apabila apam dh naik boleh kukus selama 45 minit atau sehingga masak.Dah masak boleh lah digaul dgn kelapa parut yg ditambah sedikit garam.

Nota: Sekiranya adunan x naik berkemungkinan yis rosak atau kurang air. Yis xboleh mengembang sbb kurang air. Cuba tambahkan air sedikit demi sedikit.Insyaallah klu yis xrosak ..adunan akan mula mengembang.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Pau Lembut Dan Gebu, Senang Rupanya Buat Sendiri. Inti Boleh Letak Ikut Cita Rasa

Kredit : NiezaRosez‎

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Published

on

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Tak makan peria tapi bila rasa kerepek peria terus jadi suka. Rasanya yang sedap, rangup memang boleh buat kita ketagih makan kerepek ini. Jangan bimbang tak pahit pun, kalau terasa pun pahit-pahit manja saja. Itulah yang buat sedap.

Sekali layan boleh habis sebalang kerepek ni, makan dengan nasi pun sedap juga. Kerepek peria ini memang ramai yang jual tapi kitapun boleh saja buat sendiri di rumah sebab cara buatnya ringkas saja.

Kalau nak cuba buat boleh ikut perkongsian Hasnita Namat ini.

Cara Buat Kerepek Peria

Kerepek peria untuk kudap-kudap sambil tengok tv. Makan dengan nasi pun sedap. Cara nak buat seperti di bawah

1. 3 kilo kerepek peria katak siap dibasuh dan ditos. Tak perlu rendam.

2. Sagat hujung peria, kemudian korek guna belakang sudu. Buang biji-biji peria maka jadilah macam ni.

3. Sagat nipis peria, saya guna sagat kerepek pisang. Sagat kena nipis kalau tebal nanti kerepek tak garing dan jadi lemau.

4. Masukkan peria sagat tadi dalam bekas berpenutup untuk kuantiti sekali goreng dulu. Kemudian masukkan tepung goreng Bestari Pedas bersama dengan tepung goreng Bestari asli (kalau guna tepung Bestari Pedas saja kerepek akan rasa sangat pedas).

5. Campurkan juga dengan tepung beras untuk kurangkan rasa masin. Kuantiti tepung ini agak-agak saja.

6. Bila semua tepung dah masuk dalam bekas, tutup bekas tadi dan goncang supaya tepung melekat rata pada peria macam ni.

7. Kemudian panaskan minyak dan goreng. Minyak kena banyak dan panas. Dah garing bolehlah diangkat dan tos minyak.

8. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek tahan lama dan kekal rangup.

TIP : Supaya kerepek tak bertukar warna gelap, ceduk atau tapis lebihan tepung dalam minyak dan buang.

Selamat mencuba.

Sumber: Hasnita Namat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending