Connect with us

Tips Dan Petua

Laksa Paling Mudah Nak Buat, Tak Perlu Cari Isi Ikan. Rebus,Kisar Dan Terus Masak. Confirm Tak Ada TuIang

Published

on

Laksa Paling Mudah Nak Buat, Tak Perlu Cari Isi Ikan. Rebus,Kisar Dan Terus Masak. Confirm Tak Ada TuIang

Sebut sahaja laksa pasti teringat akan kesedapannya. Ia biasnya dihidangkan bersama kuah yang pekat, pedas, masam dan sangat beraroma dari dua bahan iaitu daun kesum dan bunga kantan. Penggunaan ikan yang segar juga memperngaruhi rasa kuah laksa itu sendiri.

Jika anda teringin nak makan laksa anda boleh buat sendiri. Lagi KAW rasanya. Dan tidak perlu risau kerana tidak akan ada bau hanyir.

Nak buat laksa yang KAW? Anda boleh ikuti perkongsian resepi oleh Puan Ameera ini. LAKSA BY IBU

Cara Buat Laksa Paling Mudah Nak Buat, Tak Perlu Cari Isi Ikan.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Mee Jawa Yang Simple Tapi Sedap Sangat

Tips ibu share ni laksa kita masak tak hanyir, bau wangi semerbak 2 kilometer.

Penyediaan 25 minit siap semua!

Kenapa masak laksa sampai 1 jam ha? Jom follow step ibu.

Ambil resipi ni buat niaga, InsyaaIIah ramai yang suka. Ibu haIalkan. Jangan lupa tengok gambar last peliss

CARA-CARA PENYEDIAAN :

Rebus ikan kembung Iemak. Selepas rebus boleh buang air rebusan.

Tidak perlu asingkan isi ikan. Masukkan ikan ke dalam blender dan sedikit air.

Kisar halus semua ikan yang telah direbus.

Tapis ikan yang telah dikisar tadi menggunakan raga. Semua tulang akan terkumpul dalam raga jadi hanya isi yang akan dimasak.

Jika isi tadi terlalu pekat, masukkan sedikit air. Ketepikan.

BAHAN UNTUK SAMBAL

Bahan untuk sambal. Jika sukakan pedass boleh tambah cili padi. Sukatan yang digunakan ini sesuai untuk tahap kepedasan anak-anak.

Kisar semua bahan.

Masukkan ke dalam periuk dan panasskan.

Ambil segenggam asam keping dan masukkan ke dalam sambal tadi. (Asam keping buat sendiri ni).

Masak sambal sampai menggeIegak

Kemudian terus masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi ke dalam sambal.

Masukkan pula daun kesum dan bunga kantan.

Kuah sudah masak bila mendidih.

HASILNYA.. SEDAP UUOLS

LICIN.. HEHE

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Ameera / VMK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kacang Bawang Putih Special, Rendam Dengan Santan Dulu Baru Goreng

Published

on

Buat Sendiri Kacang Bawang Putih Special, Rendam Dengan Santan Dulu Baru Goreng

Daripada makan jajan penuh penuh perisa, pengawet lebih baik makan jajan macam ni. Kacang goreng bawang putih, rasa lemak-lemak dan bawang putih memang layan. Kalau makan sambil tengok TV tak sedar habis sebotol.

Kalau nak cuba buat ikut perkongsian Xiyan Mohamad, resipi ini diperoleh daripada rakan pembantu rumahnya dari negara jiran. Memang sedap. Boleh jadi kuih raya juga nanti.

Buat Sendiri Kacang Goreng Bawang Putih

1. Sediakan bahan untuk rendaman. Sediakan kacang tanah (beli tanpa kulit lagi senang). Basuh kacang dibilas 4-5 kali dan tos. Kisar 5 ulas bawang putih, daun limau purut dicarik dan santan kotak kecil.

2. Sediakan juga terlebih dulu bawang putih goreng. 8 ulas bawang putih cincang. Sebelum itu kacau dalam air garam 5 saat dan terus tos. Ini supaya bila goreng tak hangit.

Ini bawang putih siap digoreng.

3. Panaskan air dalam 8 cawan, masukkan bawang putih kisar tadi, daun limau purut, santan, garam 2 sudu makan, gula 2 sudu makan (jangan banyak nanti bila goreng kacang cepat hangit).

4. Bila santan dah mendidih, tutup api. Jika rasa kurang masin tambah garam. Tuang dalam kacang yang telah ditoskan. Seperti dalam gambar.

5. Rendam selama 1 – 1 1/2 jam kacang tenggelam ya. Kalau air kurang boleh tambah air panas.

Kacang ditoskan

6. Panaskan minyak. Letak satu biji kacang dulu, kalau timbul maknanya minyak dah panas. Goreng dengan api sederhana. Kena selalu kacau tau. Bila nampak dah berwarna perang bolehlah angkat toskan minyak.

7. Sejukkan dalam dulang tabur bawang putih goreng taburkan garam sikit gaul sebati.

Ok dah siap dah boleh makan. Buat kudapan sambil tgok tv. Daun limau purut rangup bila dimakan dengan kacang marvelous.

Selamat mencuba.

Sumber: Xiyan Mohamad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending