Cara Masak Beras Basmathi Supaya Nasi Lembut & Peroi. 2 Cara Ni PaIing Penting
Makan nasi menggunakan beras basmathi ini sememangnya lebih sihat namun begitu tak semua tahu cara memasaknya.
Tak kena sukatan air hasilnya nasi jadi tak cantik, patah dan sebagainya. Ramai juga yang tak tahu nak masak beras basmathi ini ada pantang larangnya.
Dikongsi oleh Azmi Jusoh, berikut adalah langkah demi langkah masak beras basmathi supaya hasilnya lembut dan peroi.
Langkah demi langkah masak beras basmathi untuk dapatkan nasi yang lembut dan peroi
Cara Masak Beras Basmathi Supaya Nasi Lembut & Peroi
ARTIKEL LAIN : Cara Masak Pesamah Daging Untuk Makan Dengan Nasi Minyak, Lauk Kenduri Yang Lama Tak Jumpa
Ini gambar ketika masak Beryani Gum Hyderabad
1. Sediakan beras
Langkah yang paling utama dalam mendapatkan nasi yang lembut dan peroi adalah dengan merendamkan beras ni selama 1 hingga 2 jam di dalam air terlebih dahulu, ia adalah kerana bagi beras mendapatkan semula kelembapan semulajadinya.
Ini adalah kerana beras ni dah direbus terlebih dahulu dan dijemurkan.
Tip penting: Jika ada garam bukit atau sea salt boleh masukkan sedikit ke dalam air rendaman.
Rendamkan beras adalah langkah paling utama.
2. Nisbah sukatan ( Air: Beras)
Selain rendam beras, nisbah sukatan air kepada beras juga adalah sangat sangat penting untuk menjadikan nasi lembut dan peroi.Nisbah air atau cecair dan beras haruslah diberi perhatian, harus disukat dengan betul dan tak boleh main agak agak macam kita perasakan garam kepada masakan ya.
Jika terlebih air nasi akan jadi lembik melekat dan tak berderai, dan jika terkurang air nanti nasi tak akan jadi gebu dan akan keras bila ianya menjadi sejuk nanti. Jadi sila beri perhatian kepada sukatan nanti ya.
Saya menggunakan nisbah sukatan 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air atau air dengan cecair lain seperti susu ataupun santan.
Selalunya saya gunakan sukatan ni untuk jenis beras pusa, kashmir dan juga mogul. Insya-Allah tak pernah lagi mengecewakan lagi setakat ni.
Jika nak lebihkan cecair make sure jangan lebihkan dari sukatan 1 1/2 cawan bagi 1 cawan beras yer. Make sure take note.
3. Teknik dan kaedah memasak
Ada 3 kaedah memasak yang sesuai digunakan mengikut jenis nasi yang kita nak masak:
- Kaedah menumis beras dahulu: kaedah ni selalunya di tumiskan semua bahan2 tumis didalam rice cooker dan masukkan air dengan sukatan yang betul, dibuarkan cecair mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras.
- Kaedah mendidihkan air ikut sukatan: bagi kaedah ni pulak rempah rempah ditumis asing dan dicampurkan sekali dengan cecair, sama juga didihkan ceccair sblm masukkan beras kedalam.
- Kaedah didih air tanpa sukatan: kaedah ni selalunya digunakan bagi yang dah kerap kali masak beras jenis ni dan selalunya masak dalam kuantiti yang banyak.
4. Pantang larang ketika memasak
Antara pantang larang yang harus dielakkan ketika memasak nasi menggunakan beras basmathi:
- Jika nak kacau beras ketika masak, harus diingatkan hanya kacau beras ketika cecairnya masih banyak, elakkan kacau ketika cecairnya sudah mengering, ini akan mengakibatkan beras anda patah. Sebab pada ketika ni beras berada dlm stage fragile.
- Jika tanak beras atas api, perlahankan api apabila cecair dah mula mengering dan tutup periuk serapat mungkin agar kita tak kehilangan wap tuk proses memasak.
- Sentiasa biarkan nasi rest dalam periuk dahulu selama 10 ke 15 minit selepas ianya dimasak, jangan terus dikacau dahulu, restkan sebelum dikacau.
- Kacau nasi ketika panas, tuk mendapatkan berbutir, nasi akan mula bergumpal dan melekat setelah ianya sejuk.
- Kacau nasi dr sebelah luar dahulu dan jangan tergopoh gapah, nanti beras akan patah.
5. TIP TAMBAHAN:
• Menggunakan pewarna: jika korang nak gunakan pewarna contoh mcm nak buat nasi hujan panas atau nasi briyani, titiskan pewarna ketika nasi dah kering dan biarkan terlebih dahulu sblm dikacau.
• Minyak: harus diigatkan minyak tak termasuk dalam sukatan cecair yang digunakan tuk memasak nasi, walaupun minyak adalah terdiri dlm kategori cecair yer.
• Elak nasi patah: elakkan mengacau terlalu lama dan terlalu kerap ketika memasak nasi ni yer, terutama sekali ketika nasi dah kering.
• Bekas penyukat: gunakan sukatan yang sama untuk sukat beras dan air yer.
• Tanpa rice cooker: jika masak mengunakan api, atau tanak nasi atas api, besarkan api ketika masih bnyak cecair, tapi perlahankan api ketika cecairnya dah mula kering.
Semoga perkongsian yang saya kongsikan ni membawa manafaat kepada semua
Kredit Chefwans
Sumber : Azmi Jusoh / vanillakismis
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: