Connect with us

Tips Dan Petua

Kucing Kencing Merata-rata Ini Cara Latih Kucing Anda Kencing Di Tandas Yang Sangat Mudah

Published

on

Kucing Kencing Merata-rata Ini Cara Latih Kucing Anda Kencing Di Tandas Yang Sangat Mudah

Sejak berpindah rumah empat bulan lalu, suami tiba-tiba ada hobi baru iaitu memelihara kucing. Mula-mula dia mengambil seekor kucing yang bernama Abu yang diberi secara percuma oleh salah seorang kenalan di laman s0s1al. Sejak itu sumi dan anak-anak mula memberi perhatian dan manjakan Abu.

Saya pula jenis yang tak suka kucing sebabnya takut pada kucing tapi pasrah saja sebab suami dan anak-anak minat pada si bulus. Sebulan selepas itu tambah lagi seekor kucing yang diberi nama Loma dan dibeli oleh suami dengan harga RM 120. Bertambahlah kawan Abu dan saya yang memang tak suka kucing ni terpaksalah akur dengan minat mereka.

Paling sedih, masa Loma bunting dia mengalami kegu guran dan anak-anak Loma seramai 5 ekor m4 ti ketika dilahirkan.

Ketika itu suami dan anak-anak memang sedih apatah lagi bila lihat Loma lemah. Selepas semingu barulah saya lihat Loma aktif semula seperti selalu.

Rupa-rupanya dalam diam suami beli seeokor lagi kucing dan kali ini diberi nama Ten Ten dengan harga RM 200. Maka bertambahlah lagi kucing peliharaan kami sebanyak 3 ekor.

Walaupun saya jenis tak tahan bau busuk kucing tapi kena tahan juga. Sejak bela kucing ni anak-anak saya bukan main manja dengan haiwan kesayangan mereka.

Oklah disini saya nak berkongsi tips bagi mengelak kucing membuang air merata-rata di dalam rumah yang saya perolehi dari sumber internet. Tips ini juga menjadi panduan dan juga pengetahuan buat saya begitu juga anda yang cukup bermanfaat.

1. Cuka

Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera.

Gunakan kain bersih untuk mengelap air ken cing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air ken cing kucing.

2. Toilet Training

Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.

Saya takde pun mende tuh sbb saya suka kucing berak @ ken cing ditempat2 tersorok diluar kawasan rumah.

3. Serai

Orang cakap bau serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering ken cing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending