Connect with us

Tips Dan Petua

Kuah Kacang Berdaging, Rasanya Lagi Sedap Dari Kuah Kacang Biasa

Published

on

Kuah Kacang Berdaging, Rasanya Lagi Sedap Dari Kuah Kacang Biasa

Kuah kacang semestinya sedap di makan bersama nasi impit. Tapi ia akan lebih sedap jika dimakan bersama kuah kacang berdaging.

Anda pernah makan kuah kacang berdaging. Jika tidak pernah. Ikuti perkongsian ini

Resepi ini adalah perkongsian daripada Asrinna Bakri. Anda kena try resepi ni, pasti jadi.

RESEPI KUAH KACANG DAGING

Kuah kacang ada sume rasa dan tekstur. Masam, masin, manis dan pedas. Kacangnya jangan dikisar terlalu halus. Biar kasar-kasar skit. Sedap bila tergigit.

Daging pula menambah kesedapan. Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging.

BAHAN-BAHANNYA :

  • ½ kg kacang tanah
  • ½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 sudu makan udang kering (takde udang kering, As guna udang geragau)
  • 1 cawan cili kisar
  • 2 sudu kicap manis (optional)
  • Air asam jawa
  • Gula melaka
  • Gula putih

CARA-CARANYA :

1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.

2. Blend bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.

3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.

4. Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Masak sehingga mendidih.

5. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.

TIPS :

Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.

Hah, takkde alasan kata tak reti buat sambal kacang. Try resepi ni, pasti jadi.

Sumber/Foto : Asrinna Bakri

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending