Connect with us

Tips Dan Petua

Kerabu Perut Campur Pucuk Paku & Tauge, Sedapnya Meratah. Ini Resipinya!

Published

on

Kerabu Perut Campur Pucuk Paku & Tauge, Sedapnya Meratah. Ini Resipinya!

Bagi penggemar kerabu, kerabu perut campur pucuk paku dan tauge ini pasti akan sentiasa menjadi pilihan dan kegemaran anda.

Rasa kerabu perut ini sedikit kenyal, masam, pedas dan berperisa. Rasanya juga berlemak disebabkan santan. Bila makan, boleh licin sepingggan dibuatnya! Sedap sangat.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ctie Zubaidah di bawah. Semoga bermanfaat!

Resipi Kerabu Perut Campur Pucuk Paku & Tauge

ARTIKEL LAIN : Cara Masak Udang Berlada, Hanya Guna 6 Bahan Memasak Ini Saja ‘Bikin’ Lagi Sedap!

Bahan-bahan A:

  • Perut (rebus)
  • Pucuk paku (celur)
  • Tauge (celur)
  • Air limau
  • Bawang besar dihiris

Bahan-bahan B (kisar):

  • 10 biji cili padi
  • 5 batang serai
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • Lengkuas (saya tak letak)
  • Santan
  • Kerisik
  • Belacan
  • Garam
  • Perasa

Cara-cara penyediaannya:

Perut lembu direbus sampai masak dan dipotong kecil. Ketepikan terlebih dahulu.

Bersihkan pucuk paku dan ambil daunnya saja. Rebus air, celur pucuk paku dan taugeh sehingga masak kemudian ditos dan ketepikan.

Sediakan air limau secukupnya serta bawang besar yang dihiris.Satukan semua bahan-bahan B pengkisar. Kisar semua bahan.

Dalam mangkuk besar, tuangkan bahan kisar tadi. Masukkan perut lembut, pucuk paku, taugeh, air limau dan bawang besar hiris.

Gaul rata semuanya.

Siap, sedia untuk dimakan!

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Sambal Belacan Kisar. Tak Guna Bawang & Tomato Tapi Memang Sedap

Kredit: Ctie Zubaidah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending