Connect with us

Tips Dan Petua

Kek Coklat Bajet, Tak Perlu Mixer Pakai Senduk Saja Tapi Tetap Gebu

Published

on

Kek Coklat Bajet, Tak Perlu Mixer Pakai Senduk Saja Tapi Tetap Gebu

Siapa saja yang tak suka kek coklat. Anak-anak lagilah. Berbaloi buat di rumah. Tak perlu beli bahan mahal kita boleh ikut kek coklat Azlina Ina Fans.

Bahannya cukup mudah dan murah. Sekali beli boleh buat 2-3 kali kek ini.

Tak perlu ada mixer, cuma kacau pakai senduk jer, tapi hasilnya kek tetap gebu.

ARTIKEL LAIN : Resipi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Mahupun Dibakar, Mudah Mesti Cuba Buat

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula (suka manis tambah)
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan 1/2 tepung self rising + 1 sk soda bikarbonat atau kalau takde boleh pakai tepung gandum campur 1 sudu kedil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder(ayak)
  • 1/2 cawan serbuk koko (kalau takde Milo pun boleh)
  • 1/4 cawan air panas

Cara membuat:

1. Senang saja penting ade senduk dan besen. Masuk telur dgn gula. Kacau tak payah kembang pun.

2. Masuk minyak kacau sampai sebati.

3. Masuk tepung.

4. Masuk serbuk koko, kacau perlahan-lahan sampai sebati.

5. Masuk air panas, ok dah cair elok.

6. Macam ni rupa adunan kek kita. Masuk loyang saiz. Bakar suhu 170 masa 50 minit atau kukus 40 minit.

7. Siap! Gebu sangat

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Kalau Buat Kuih Sagu, Guna Cara Ini Untuk Dapatkan Sagu Yang Jernih Sekata.

Sumber: Azlina Ina Fans

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Published

on

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai. Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar.

Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nor Shahidah Abd Kohar yang bekerja bahagian buah-bauahan sebuah pasar raya.

Pilih Ikut 6 Tip Ini

Bagi memastikan tembikai susu yang dibeli manis, pilih ikut enam tip ini;

1. Jangan ambil buah tembikai susu yang kulitnya licin bersih (ramai yang suka pilih buah macam ni sebenarnya). Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus. Kulit buruk tak flawless itu lah yang elok manis.

2. Pilih kulit tembikai yang warna kuning berbanding putih.

3. Perhatikan berat buah. Biar kecil tapi berat. Itu maknanya buah tersebut juicy, banyak air.

4. Cuba goncang buah, ada dengar tak bunyi macam biji jatuh atau berlaga. Itu maknanya buah dah cukup masak.

5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang dah kering. Itu tanda buah dah masak ranum.

6. Paling senang, hidu. Kalau dah masak baunya memang manis berbanding buah yg muda or belum masak

Semoga Manfaat!

Sumber: Nor Shahidah Abd Kohar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending