Connect with us

Resepi

Tip Dan Cara Buat Kuey Teow Goreng Kering Yang Sedap

Published

on

Kuey teow ini bermacam versi masakan boleh dibuat seperti sup dan goreng. Tapi, resepi hari ini ingin kongsikan versi kuew tiaw goreng.

Bersama-sama tip tambahan dibawah, anda boleh mencuba resepi yang mudah ini. Jom baca.

RESEPI KUEY TEOW GORENG

Bahan-bahan:

  • 1 genggam kecil kuetiau halus
  • 3 ekor udang
  • 1 biji telur
  • Kerang secukupnya
  • 1 sudu cili blend
  • Tauge secukupnya
  • Daun kucai (dipotong dua inci)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)

Campuran:

  • 2 sudu besar kicap manis cap Jalen (warna oren)
  • 5 sudu kicap cair (bukan kicap masin)
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • ½ sudu gula
  • 1 sudu kecil sos ikan

Cara penyediaan:

1. Panaskan kuali hingga berasap, kemudian tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang dan kacau selama kira-kira 1 minit.

2. Perlahankan api dan masukkan kuetiau, tauge, dan cili blend. Kacau sehingga sebati.

3. Tambahkan campuran bahan bertanda (*) ke dalam kuali. Kacau rata.

4. Besarkan api semula dan masukkan telur. Ratakan telur di permukaan kuali dan kacau bersama kuetiau hingga sebati.

5. Akhir sekali, masukkan kerang dan daun kucai. Kacau seketika. Jangan goreng terlalu lama supaya kuew tiao tidak terlalu lembik.

Tip tambahan:

1. Jangan guna air langsung semasa goreng kuew tiao. Hanya gunakan kicap.

2. Hanya gunakan bawang putih sahaja.

Selamat Mencuba.

Sumber: Yana Ghazali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending