Connect with us

Tips Dan Petua

Ini Rahsia Buat Sambal Ikan Bakar Sedap, Rugi Tak Cuba

Published

on

Ini Rahsia Buat Sambal Ikan Bakar Sedap, Rugi Tak Cuba

Tentu ramai penggemar ikan bakar. Tapi nak masak ikan bakar ni kena pilih sambal yang betul-betul sedap.

Ada rahsia rupanya nak buat sambal ikan bakar yang sedap. Kalau tengah cari resepi sambal ikan bakar inilah salah satu resepi yang patut anda cuba.

Resepi sambal ikan bakar ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Nur Haziqah. Huh! Nampak cukup menyelerakan. Yang penting jangan lupa air asam atau sambal belacan.

Resipi Sambal Ikan Bakar

Cuma perlu bakar ikan dalam oven sahaja. Tak sampai 20 minit dah siap!

Tekstur ikan tak kering bila dibakar. Kalau bakar terlalu lama isi ikan dah jadi tak sedap sebab lemak-lemak pun dah kering.

So, anda boleh bakar dalam 20 minit je macam tu untuk dapatkan tekstur ikan bakar yang lembab.

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan( apa-apa saja jenis ikan yang anda suka)*
  • Segenggam cili kering yang direndam
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland size sederhana
  • 2 inch halia
  • 2 inch kunyit hidup
  • 1 sk kunyit serbuk
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan susu cair (kalau ada santan guna santan )
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan minyak masak
  • Gula dan garam secukupnya

Cara membuat sambal ikan bakar:

1. Blend semua bahan di atas kecuali ikan. blend sampai halus.

2. Lumur rata pada ikan.

3. Perap ikan selama 30 minit (lagi lama lagi sedap)

4. Kemudian, panaskan oven 200C selama 10 minit.

5. Bakar selama 15 minit api atas bawah.

6. Kemudian, tukar kepada api atas sahaja dan bakar lagi selama 5 minit. Siap!

7. Jangan lupa hidang bersama air asam atau sambal belacan!

Siap untuk dihidang! Merecik! Ikan bakar ni sedap sangat dimakan panas-panas.

Nak ratah macam tu pun boleh. Kalau tak nak air asam jawa, boleh gunakan perahan air limau. Memang padu rasanya!

Selamat mencuba!

Sumber : Nur Haziqah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending