Connect with us

Tips Dan Petua

Ini Cara Tanam Pokok Bunga Telang Supaya Mudah Hidup, Berguna Untuk Pesakit Kencing Manis

Published

on

Ini Cara Tanam Pokok Bunga Telang Supaya Mudah Hidup, Berguna Untuk Pesakit Kencing Manis

Bunga telang selain daripada digunakan untuk membuat nasi kerabu yang berwarna biru ia juga ada manfaat untuk kesihatan. Bunga telang dikatakan berguna untuk membantu pesakit kencing manis.

Berdasarkan kajian bunga telang mampu menstabilkan kadar gula dalam darah. Malah, ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes dan simptom yang berkaitan.

Selain itu bunga telang ini juga berguna untuk kecantikan rambut dan juga kulit wajah. Ia berkemampuan membuat kulit tampak lebih sihat dan rambut jadi berkilat.

Cara semai biji benih

ARTIKEL LAIN : Tip Tanam Kucai Dari Sepokok Sampai Jadi Berpasu-pasu. Pastikan Tak Kena Cahaya Lampu Malam

Jadinya berbaloi sangat kalau tanam pokok bunga telang ini di rumah. Tambah lagi bunganya cantik sekali gus dapat menyerikan laman. Sapa-sapa nak cuba tanam boleh beli anak pokok bunga telang atau biji benih.

(Klik SINI untuk beli untuk anak pokok bunga telang atau biji benih di Shopee)

  • Pokok telang boleh ditanam menggunakan keratan batang akan tetapi jika disemai dari biji benih peratusannya untuk hidup lebih tinggi.
  • Sebelum menyemai biji benih sebaikkan rendam dahulu biji benih lebih kurang 6 jam. Ambil biji benih yang terapung saja kerana ia lebih berkualiti.
  • Sediakan tanam campuran dan buat lubang sedalam 1-2 cm, kemudian isi 1-2 biji benih. Jarak yang sesuai antara lubang adalah lebih kurang 12-15 cm.
  • Kemudian tutup lubang dengan tanah dan siram. Siram sekadar untuk melembapkan tanam kemudian letak di tempat teduh.
  • Benih akan bercambah dalam tempoh lebih kurang dua minggu.

Penjagaan

  • Apabila pokok sudah stabil dan membesar, pemasangan pancang perlu dilakukan untuk menyokong dahannya.
  • Bila pokok semakin besar pemangkasan perlu dilakukan supaya pokok tak terlalu rimbun kerana ia akan mendedahkan pokok lebih banyak penyakit.

Pembajaan dan penuaian

  • Gunakan baja organik seperti tinja ayam untuk membaja pokok telang sebulan sekali.
  • Pokok akan mula berbunga dan dipetik selepas 8-10 minggu dari tempoh mula menanam. Selepas itu bolehlah mencuba pelbagai resipi menggunakan bunga telang.

Foto Safwan Alias via Berkebun D Rumah

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Dah Beli Celery, Simpan Tunggul Untuk Tanam. Supaya Pokok Tak Mati Guna Tanah Jenis Ini

Sumber: theshaxfeen & Hello Doktor

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Letak Daun Kering Pada Pangkal Pokok, Petua Supaya Pokok Buah Berbunga & Berbuah. Mudah Sangat!

Published

on

Letak Daun Kering Pada Pangkal Pokok, Petua Supaya Pokok Buah Berbunga & Berbuah. Mudah Sangat!

Setiap ciptaan Tuhan dalam dunia ini dah tentu ada fungsi dan kebaikannya. Hatta daun kering pun ada manfaatnya.

Mungkin ramai tak tahu, daun kering yang berguguran di bawah pokok juga boleh dimanfaatkan kembali untuk kesuburan dan membantu pokok mengeluarkan hasilnya. Caranya boleh rujuk perkongsian dari Puan Aisyah Othaman. Walaupun sudah lama dikongsi tapi tetap boleh kita gunakan untuk tanaman terutamanya pokok buah.

Daun Kering Pun Ada Gunanya

Pokok limau, sepanjang setahun lebih hanya sesekali saja letak baja masa awal-awal ditanam. Selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan dia.

Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izin-Nya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”

  • 22 Februari- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.

  • 15 Mac -Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.

Caranya

Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.

Selain pokok limau boleh juga buat pada pokok buah lain.

Sumber: Aisyah Othaman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending