Connect with us

Tips Dan Petua

Hilangkan Kerak Kotoran Degil Pada Sinki Dengan 2 Cara Mudah

Published

on

Hilangkan Kerak Kotoran Degil Pada Sinki Dengan 2 Cara Mudah

Sinki tersumbat memang jadi masalah kalau nak masak. Apalagi kalau sinki bocor. Silap-silap terus mood nak masak untuk keluarga hilang. Selain tersumbat, sinki juga menajdi tempat pembiakan bak teria dan kerak kotoran degil pada sinki banyak. Malah, jika tidak dicuci akan menyebabkan ia nampak kotor dan berkerak hitam.

Sinki ni pun bukan jenis yang boleh pakai buang. Lama kelamaan, ia akan kelihatan pudar dan kusam. Untuk kilatkan sinki ni, tak susah mana. Ada 2 cara yang boleh dicuba. Jom tengok cara-cara yang anda kena buat.

Jom cuba petua pertama ni. Paling senang nak buat.

BAHAN-BAHAN:

  • Lemon
  • Garam

Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah yang diberikan ini.

Langkah-langkah:

  • Potong lemon seperti biasa.
  • Kemudian sentalkan lemon pada kerak-kerak singki yang jelas kehitaman. Sental dengan kuat.
  • Letakkan sedikit garam di kawasan berkerak.
  • Kemudian gosok lagi dengan menggunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi.
  • Sental dan gosoklah hingga semua kotoran tertanggal.
  • Akhir sekali, cuci dengan air panas dan hasilnya sinki bukan hanya bersih tapi lebih berkilat.

Cara ke dua, Guna tepung gandum je.

Baca juga Cara Ambil Ukuran Badan Yang Tepat Jika Nak Beli Baju Online. Baru Tak Salah Saiz

BAHAN-BAHAN:

  • Air sabun panas – sabun bancuh dengan air panas
  • Tuala kecil
  • Tepung gandum
  • Span cuci pinggan

CARA-CARA:

  • Basahkan sinki dan cuci menggunakan air sabun panas.
  • Lap sinki menggunakan tuala hingga betul-betul kering.

Tabur tepung gandum di permukaan sink. Jika kurang yakin, boleh je tabur tepung di separuh bahagian sinki terlebih dahulu untuk lihat perbezaannya.

 Memang Sedap Ini Cara Buat Ayam Yang  Tapi Terangkat

Gosok permukaan sinki menggunakan span basuh pinggan yang kering. Lakukan seperti anda kilatkan kereta. Hasilnya, sisa makanan yang melekat akan tertanggal dan permukaan sinki anda akan lebih berkilat.

Ulang cara ini sebulan sekali untuk hasil yang sempurna dan berpanjangan.

Selamat mencuba!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending