Connect with us

Tips Dan Petua

Guna 2 Bahan Ini Elak Kipas Cepat Berhabuk Caranya Mudah Saja

Published

on

Guna 2 Bahan Ini Elak Kipas Cepat Berhabuk Caranya Mudah Saja

Mesti ramai yang mengalami masalah begini kan? Kipas angin di rumah senang sangat perangkap habuk. Leceh nak bersihkan selalu. Yalah, nak buka satu-satu memang ambil masa.

Sebenarnya ada cara yang mudah yang boleh anda cuba supaya habuk tak mudah melekat pada bilah dan jaring kipas.

Jangan tak percaya, hanya perlu gunakan 2 bahan yang murah dan mudah didapati iaitu – pelembut fabrik dan cuka makan! Berikut adalah tips oleh Alosnida Musa yang sangat menarik hingga mencecah 15K perkongsian!

TIPS ELAK KIPAS CEPAT BERHABUK

ARTIKEL LAIN : Tip Lantai Rumah Berkilat & Wangi, Cuma Guna 5 Titis Cuka & Pelembut Pakaian

Berikut adalah cara mengelakkan kipas anda cepat berhabuk dengan menggunakan 2 bahan ‘keramat’ iaitu

  • Pelembut fabrik (softner)
  • Cuka makan

*Campurkan kedua-dua bahan bersama air biasa dengan nisbah 1:1:1 pada setiap bahan.

CARA-CARA

1. Bersihkan Kipas Terlebih Dahulu

Mula-mula, bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.

2. Masukkan Campuran Cuka, Pelembut Pakaian & Air Ke Dalam Botol Spray

Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain. Semuanya dengan nisbah 1:1:1. Maksud nisbah 1:1:1 ni kiranya semua sama banyak. Kalau satu sudu, semua satu sudu. Kalau satu penutup, semua satu penutup.

Kalau tak ada cuka di rumah, ada juga yang kata boleh gunakan campuran air dan pelembut pakaian sahaja. Ramai yang pernah cuba memang kata hasilnya tetap memuaskan, habuk lambat melekat.

3. Sembur Pada Kipas

4. Biarkan Sekejap & Lap Semula

Biarkan selama 5 minit. Kemudian, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.

5. Keringkan

Akhir sekali, biarkan kipas kering. Yayyy, kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!

Oh ya, ulangi semula langkah ini 2 atau 3 bulan sekali. Bukannya habuk tu tak melekat sampai setahun ya.

WAH, MUDAHNYA!

Kalau tak percaya, cubalah dulu dan tengok hasilnya. Memang mudah, hanya guna 2 bahan yang biasa ada di setiap rumah. Kos pun murah, tak perlu beli sabun atau pencuci mahal-mahal.

Jadi bolehlah cuba di rumah nanti, terutamanya menjelang musim perayaan ini.

Apapun, yang penting perlulah utamakan kebersihan supaya kita tak mudah terkena penyakit dan alahan, terutamanya rumah yang ada anak kecil.

Kalau anda ada tips-tips lain yang berguna dan praktikal bolehlah kongsikan dengan kami. Semoga lebih ramai yang dapat memanfaatkannya.

ARTIKEL LAIN : Masalah Pepijat Bersarang Di Tilam Basmi Dengan Cara Ini Berkesan

Sumber: Alosnida Musa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending