Connect with us

Tips Dan Petua

Dinding Mengelupas Dan Lembab Ini Cara Mudah Buat Dinding Terus Nampak Baru

Published

on

Dinding Mengelupas Dan Lembab Ini Cara Mudah Buat Dinding Terus Nampak Baru

Masalah dinding rumah mengelupas dan rosak merupakan masalah utama sering kita hadapi. Lebih-lebih lagi jika dinding itu lembap kerana tempias air hujan dan sebagainya. Perkara ini sememangnya memeningkan kepala kerana sudah beratus wang habis tetapi tetap juga tidak berjaya.

Apa kata anda cuba jalan penyelesaian seperti perkongsian saudara Ezanee Kamaruddin yang turut mengalami situasi sama iaitu dinding lembab dan sering mengelupas. Menjadi tau! Rugi tak cuba. Jom tengok…

CARA ATASI MASALAH DINDING LEMBAP & MENGELUPAS

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Hilangkan Kulat Pada Dinding, Punca Masalah Kesihatan Di Rumah

Saya ingin kongsikan pengalaman saya menggunakan Pentens Dr. Wall untuk repair dinding yang lembap disebabkan air yang menyerap dalam dinding. Sebelum ini saya pernah guna produk ini setahun yang lalu untuk repair dinding rumah saya yang rosak sebab lembapan. Produk ini agak berkesan dinding tersebut kekal kering.

Produk Pentens Dr. Wall ini saya beli online di Shopee – RM29.60 termasuk delivery. Dinding yang akan saya tunjukkan ini lembap disebabkan air tempias hujan dari luar rumah.

Boleh rujuk gambar dan video hasil kerja saya seorang DIY yang amateur.

Tangan masih lagi keras untuk kerja-kerja skim. Mohon tunjuk ajar dari pakar-pakar dalam group ini untuk hasil kerja lebih kemas dan professional.

Notes: Cara terbaik utk repair masalah lembapan kena cari punca dari mana air tu & selesaikan punca tu dulu. Tapi produk ini sesuai kalau nak selesaikan utk beberapa thn & pocket friendly.

Updates: Ada yg comment lps apply product Dr Wall, apply satu layer Wall Sealer paint untuk lebih berkesan. Info yg manfaat boleh cuba.

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Cicak Banyak Dalam Rumah Ikut Cara Ini Untuk Hilangkan Memang Berkesan

Sumber: Fbk Ezanee Kamaruddin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

DIY Baja Organik dari Kulit Nanas Untuk Pokok Lebat, Subur & Berbuah Cantik

Published

on

DIY Baja Organik dari Kulit Nanas Untuk Pokok Lebat, Subur & Berbuah Cantik

Baja organik semakin menjadi pilihan ramai peminat tanaman rumah kerana lebih selamat, mesra alam dan menjimatkan kos. Salah satu baja semula jadi yang mudah dibuat sendiri ialah baja daripada kulit nanas.

Menariknya, bahan ini bukan sahaja mudah didapati, malah sering dianggap sisa dapur yang biasanya dibuang begitu sahaja. Dengan teknik yang betul, kulit nanas boleh ditukar menjadi baja cecair yang membantu menyuburkan pokok serta merangsang penghasilan buah yang lebih lebat dan berkualiti.

Resipi ini juga menggunakan bahan tambahan seperti gula merah dan Yakult yang membantu proses fermentasi supaya lebih berkesan.

Bahan-Bahan DIY Baja Kulit Nanas

  • 1 kg kulit nanas
  • 1 kg gula merah
  • 1 botol Yakult
  • Air hujan atau air mineral secukupnya

Cara-Cara Membuat Baja Organik Kulit Nanas

1. Kisar Kulit Nanas

Kulit nanas dikisar bersama air hujan atau air mineral sehingga menjadi campuran yang sebati. Proses ini membantu mempercepatkan penguraian bahan organik.

2. Campurkan Gula Merah dan Yakult

Masukkan gula merah sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga larut. Kemudian tambah Yakult dan kacau rata untuk membantu proses fermentasi bakteria baik.

3. Proses Perapan

Tuangkan campuran ke dalam bekas kedap udara dan simpan di tempat yang teduh selama kira-kira dua minggu.

Setiap hari, buka penutup sedikit untuk melepaskan gas yang terhasil, kemudian tutup semula. Langkah ini penting untuk mengelakkan tekanan gas berlebihan dalam bekas.

4. Tapis Hasil Perapan

Selepas dua minggu, tapis campuran untuk mengasingkan cecair dan serdak. Air yang ditapis boleh digunakan sebagai baja cecair.

Serdak pula boleh diperam semula sehingga terurai sepenuhnya untuk kegunaan seterusnya.

Cara Penggunaan Baja Kulit Nanas

Untuk penggunaan, ambil kira-kira 10 ml pati baja nanas dan campurkan dengan 1 liter air bersih.

Bancuhan ini boleh disembur pada daun dan batang pokok, terutamanya pokok buah-buahan seperti:

  • Nanas
  • Jambu
  • Limau
  • Durian
  • Terung
  • Cili

Semburan disyorkan dilakukan pada waktu petang, sama ada setiap tiga hari sekali atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Bagi pokok yang sedang berbunga atau berputik, semburan terus pada bahagian putik dapat membantu buah melekat dengan lebih baik dan berkembang dengan sihat.

Kelebihan Baja Organik Kulit Nanas

  • Menyuburkan pertumbuhan pokok secara semula jadi
  • Menghasilkan daun yang lebih hijau dan sihat
  • Membantu meningkatkan hasil buah
  • Menjimatkan kos kerana menggunakan bahan dapur
  • Mesra alam dan mengurangkan sisa buangan makanan

Kesimpulan

Baja organik daripada kulit nanas merupakan alternatif mudah dan berkesan untuk meningkatkan kesuburan tanaman di rumah. Dengan bahan yang ringkas serta proses fermentasi yang betul, ia mampu memberikan kesan positif kepada pertumbuhan pokok dan hasil buah.

Penggunaan secara konsisten akan membantu pokok menjadi lebih subur, sihat dan berbuah dengan lebih lebat. Kaedah DIY ini bukan sahaja menjimatkan, malah sangat sesuai untuk semua peringkat penanam tanaman.

Sumber: Cikwan Redzuan

Continue Reading
Advertisement

Trending