Connect with us

Tips Dan Petua

Dengan Bahan Ini Saja, Kuih Peneram Gebu Di Dalam Dan Rangup Di Luar. Mudah Dan Sedap

Published

on

Dengan Bahan Ini Saja, Kuih Peneram Gebu Di Dalam Dan Rangup Di Luar. Mudah Dan Sedap

Kuih Peneram antara kuih tradisonal kegemaran ramai.Kecil, comel dan sedap makan panas-panas.Rupanya mudah je nak buat kuih peneram sendiri di rumah. Bahan-bahannya pun tak banyak dan lebih jimat dan berbaloi berbanding dibeli.

Menurut perkongsian resipi oleh Puan Zalina Zali, kuih peneram ini hanya perlukan 5 bahan-bahan dan adunan dohnya perlu diperap sekurang-kurang 4 hingga 5 jam sebelum ditekap dan digoreng.

Namun jika ingin lebih rasa sedap adunan doh tersebut perlu diperap semalaman. Berikut antara perkongsian wanita ini;

Cara Buat Kuih Peneram Gebu Di Dalam Dan Rangup Di Luar.

ARTIKEL LAIN : Resepi Kuih Keria Gula Melaka, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

“Siap mengoreng..buat kudap anak-anak duduk depan tv.Nak pulak peneram tengah panas-panas nie lagi la sedap”.

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan tepung beras cap gajah 3
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air*

Cara-Cara Membuat:

Bahan-bahan yang bertanda * tu campur dan masak sampai mendidih.

Siap terus tuang dalam tepung, kacau tepung sampai sebati guna senduk jangan guna tangan pulak sebab air gula tu panas.

Dah siap gaul perap 4 @5 jam, nak sedap lagi perap semalaman.

Dah siap perap boleh lah tekap.

Goreng hingga masak.

Info Ekstra!

Sebelum tekap saya sapu minyak dulu dekat plastik..baru senang angkat.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Zalina Zali

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending