Connect with us

Tips Dan Petua

‘Deep Clean’ Tilam Guna Cara Ini Untuk Elak Anak Kerap Batuk Dan Selesma

Published

on

‘Deep Clean’ Tilam Guna Cara Ini Untuk Elak Anak Kerap Batuk Dan Selesma

Dalam sehari dianggarkan satu pertiga daripada rutin harian seseorang dihabiskan dengan tidur di atas katil. Kebiasaannya kita akan menukar sarung bantal dan tilam seminggu sekali atau pun sebulan sekali.

Walaupun sudah menukar cadar namun tanpa kita sedari kotorān pada tilam kita kerap abaikan. Persoalannya, adakah kita benar-benar yakin bahagian dalam tilam yang digunakan selama beberapa tahun bebas daripada hamā dan kumān?

Perlu diketahui, tilam sepatutnya dibersihkan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh empat bulan malah terdapat teknik tertentu digunakan bagi memastikan tilam anda bebas daripada kotorān.

CARA NAK BERSIHKAN TILAM DARI KUMAN

ARTIKEL LAIN : Kaedah Mudah Bersihkan Kipas Siling Tanpa Kotorkan Rumah Lebih Senang

Ini kerana tilam terdedah kepada pencemaran seperti debu, peluh, kulit māti dan kelemumur selain kelembapan bilik yang tinggi membuatkan kulāt dan hāma senang berkembang.

Tidak cukup dengan itu, ia boleh menyebabkan alāhan kepada manusia seperti selesemā, badan gātal-gātal sekaligus menjejaskan kualiti kesihatan dan tidur anda.

Benar agak sukar untuk mencuci tilam kerana saiznya yang besar dan berat menyebabkan ramai mālas melakukannya.

Jangan bimbang, perkongsian ini akan tunjukkan step by step on how to deep clean your mattress

CARA-CARA

1) Vacuum tilam guna kepala vakum yang kecik muncung tirus tu (tak guna untuk vacum lantai)

2) Hilangkan stain dekat tilam : terpulang la pakai cara apa pun.. for me lebih suka letak baking soda, sembur dengan cuka biarkan seketika, gosok dengan kain ( boleh skip step ni kalau tilam tak kotor)

3) Tabur baking soda biarkan dlm 4-6 jam..untuk serap moisture and odour

4) Vacum lebihan soda bikarbonat yang di taburkan tadir

5) Spray dettol + air

6) Anginkan tilam dengan bukak tingkap semua

Dah siap.. senang kan?

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat!

ARTIKEL LAIN : Masalah Pepijat Bersarang Di Tilam Basmi Dengan Cara Ini Berkesan

Sumber : Syuhaidah Asmaa Khalid

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending