Connect with us

Tips Dan Petua

Cukup Power Dan Puas Hati Sangat Guna Cara Ni Untuk Wangikan Satu Rumah

Published

on

Cukup Power Dan Puas Hati Sangat Guna Cara Ni Untuk Wangikan Satu Rumah

Tak tahu nak buat macam mana lagi  untuk hilangkan bau masakan dalam rumah? Paling tak boleh tahan selepas siap menggoreng ikan. Memang kuat baunya, bukan sahaja terhidu di ruang dapur malah satu rumah berbau. Jika asyik nak spray pewangi udara pun kena banyak modal.

Jadi alangkah baiknya jika kita menggunakan bahan-bahan yang lebih murah dan mudah didapati untuk atasi masalah bau yang kurang menyenangkan ini. Nak tahu bagaimana jom semak apa yang dibuat oleh Puan Anis Hkmn ini.

Cara penyediaan:

  • Ambil 5@6 helai daun limau atau ikut puan-puan semua nak guna banyak mana.
  • Lepas tu rebus.

Woww. Wangi je rumah. Bau limau la. Heehehe. Memang kurang sikit bau ikan goreng. Tapi make sure masa goreng ikan tu buka la pintu dapur. At least boleh keluar bau-bau masakan.

Ini cara yang diamalkan oleh Puan Anis Hkmn yang telah dikongsikan melalui MAHN dan boleh dicuba untuk membantu anda mengharumkan ruangan kediaman.

Tip Harumkan Ruang Dapur

Selain cara ini, ada lagi 7 cara lain yang juga boleh anda praktiskan untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Jom semak!

1. Kulit Limau+ Kulit Kayu Manis

Ambil kulit limau dan didihkan bersama air. Kemudian  masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis. Masak sehingga ramuan beraroma dan sejukkan. Masukkan ke dalam botol spray dan sedia untuk digunakan untuk tujuan mewangikan ruangan dapur malah seluruh rumah.

2. Guna Arang

Letak arang di mana-mana tempat yang sesuai. Jika hendak nampak cantik letakkan arang di dalam pasu dan hias bersama dengan bunga hiasan supaya nampak lebih menarik dan bergaya.

3. Bancuh Kopi

Bancuh air kopi yang sengaja dibuat pekat bertujuanuntuk menyebarkan aroma kopi yang segar di seluruh ruangan. Cara ini cukup mudah dan pantas!

4. Soda Bikarbinat

Letakkan satu bekas ‘tupperware’ yang berisi soda penaik di mana-mana ruang dan ia dikatakan soda bikarbonat ini begitu aktif  menyerap bau yang kurang menyenangkan.

5. Daun Pandan

Seperti yang kita tahu, daun pandan mempunyai aroma yang wangi dan menyegarkan, sebab itulah ia digunakan sebagai bahan asas dalam bunga rampai.

Jika ada menanam daun pandan di halaman rumah, ambil 2-3 helai daun pandan dan simpulkan. Kemudian letakkan di  mana-mana ruang kediaman.  Jika ingin lebih berkesan, hiriskan daun pandan kecil-kecil dan letakkan di dalam bekas. Memang harum semerbak!

6. Limau Kasturi

Limau kasturi juga mempunyai aroma yang cukup menyegarkan. Caranya mudah, hiris nipis dan letakkan di dalam bekas kaca berisi air. Letakkan di atas meja dan dalam masa yang sama turut berfungsi menjadi salah satu elemen dekorasi yang ringkas dan menarik.

7. Esen Vanilla

Aromanya memang cukup menenangkan. Ambil sahaja esen vanila dan tuangkan ke dalam bekas berisi air. Secara langsung akan semerbak mewangi ruang kediaman.

Sumber: myinfomaya

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending