Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Untuk Menghilangkan Kesan Kuning Kunyit Serta Bau Bawang Dan Cili Pada Blender

Published

on

Cara Untuk Menghilangkan Kesan Kuning Kunyit Serta Bau Bawang Dan Cili Pada Blender

Bila kita gunakan blender untuk mengisar bawang dan cili, baunya pasti akan ‘melekat’ bukan? Malah kalau kisar kunyit hidup untuk buat masak lemak cili api, kesan kuning pasti ada.

Andai kata tiba-tiba nak masak masakan lain, tapi bekas blender berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.

Sebenarnya ada cara yang boleh dicuba untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipi dan beras. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

Bahan-bahan

  • 1 biji limau nipis
  • 3 sudu makan beras
  • Air secukupnya

CARA-CARA:

  • Ambil limau nipis. Potong kecil.
  • Isi air dalam blender dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
  • Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
  • Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih blender anda.

Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar  blender. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu. Selamat mencuba.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: rencahrasa

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Nak Hasil Pokok Jambu Madu Sedap, Manis, Warna Merah Cantik, Kena Buat 4 Tip Mudah Ini

Published

on

Nak Hasil Pokok Jambu Madu Sedap, Manis, Warna Merah Cantik, Kena Buat 4 Tip Mudah Ini

Ramai yang tanam pokok jambu madu di kawasan rumah atau kebun. Ini kerana cara penanaman dan penjagaannya agak mudah. Ia boleh ditanam melalui keratan ranting saja.

Cuma yang membezakan adalah buah yang dihasilkan. Semestinya kita mahu hasil buah pokok jambu madu yang ditanam ini manis dan sedap, bukan sekadar manis biasa-biasa saja. Dapat pula warnanya yang merah menyala cantik, lagi puas hati.

Bagi menghasilkan buah jambu madu yang sebegini, ada tip yang perlu dipraktikkan. Dikongsi oleh Pyan Sempoi ini panduannya.

Tip Dapatkan Hasil Jambu Madu Yang Terbaik

Musim panas ni buah jambu madu Red Taiwan sangat sedap dan manis. Warna pun merah cantik. Sengaja petik awal sebab tak sabar nak rasa. Sepatutnya tunggu bulu pada buah jadi hitam barulah dipetik. Ini tanda buah betul-betul matang dan lebih manis.

Tip untuk dapatkan hasil jambu madu atau air yang terbaik;

1. Kena kurang atau jarangkan buah dalam satu tangkai. Jangan biar terlalu banyak dalam satu tangkai. Kemudian buah ini perlu dibungkus.

2. Bila buah jambu dah besar kena kurangkan air sewaktu siraman. Tapi jangan terlalu kurang sampai pokok layu. Siram cukup-cukup saja.

3. Beri baja tinggi nilai K

Baja tinggi K (kalium) ini adalah untuk dapatkan buah yang berkualiti.

4. Tabur atau sembur epsom salt atau garam bukit atau baja kalsium magnesium. Garam epsom berfungsi menjadikan hasil pokok buah lebih manis, benih cepat bercambah, rawat daun pokok sayur kuning, kerinting, mengelak serangan perosak dan banyak lagi.

Semoga bermanfaat

Sumber: Pyan Sempoi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending