Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Untuk Buat Ketupat Sotong Versi Klate Yang Sedap. Jom cuba!

Published

on

Cara Untuk Buat Ketupat Sotong Versi Klate Yang Sedap. Jom cuba!

Kami kongsikan kepada anda resepi oleh Puan Noriza Awang Hamat untuk membuat Ketupat Sotong versi Kelantan yang sebenar. Sedap dimakan bersama keluarga.

Saya kalau buat ketupat sotong akan buang kulit sotong sebab kalau masak dengan kulit kuah akan berlendir dan berbau hanyir.

Ada yang suke ke? Kalau suka jom buat bersama. Resepinya ada dibawah ye.

Cara Untuk Buat Ketupat Sotong Versi Klate Yang Sedap

ARTIKEL LAIN : Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sotong Tak Liat Dan Kecut Bila Masak Baru Sedap

Bahan-bahan A:

  • 7 ekor sotong , buang kulit hitam dan tulang. Cuci bersih dan asingkan kepalanya.
  • Lidi untuk menyucuk secukupnya.

Bahan-bahan B:

  • 1 cawan santan pekat.
  • Sedikit garam.
  • 1 cawan beras pulut di cuci bersih dan toskan. Rendam pulut selama 30 minit bersama santan dan garam.

Bahan-bahan C:

  • 3 keping gula melaka.
  • 3 cawan santan.
  • Garam.
  • Sedikit halia.
  • 3 helai daun pandan.

Cara-cara untuk membuatnya:

Masukkan pulut ke dalam sotong masuk separuh je tau.

Masukkan semula kepala sotong dan cucukkan dengan lidi supaya pulut tak keluar.

Susun sotong dalam periuk. Masukkan bahan C dan renehkan dengan api sederhana hingga hampir kering.

Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Kuah Pekat Tiada Bau, Sedapnya Peratal Kambing. Ikut Langkah Ini Kalau Nak Masak Sendiri

Sumber : Noriza Awang Hamat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Published

on

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai. Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar.

Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nor Shahidah Abd Kohar yang bekerja bahagian buah-bauahan sebuah pasar raya.

Pilih Ikut 6 Tip Ini

Bagi memastikan tembikai susu yang dibeli manis, pilih ikut enam tip ini;

1. Jangan ambil buah tembikai susu yang kulitnya licin bersih (ramai yang suka pilih buah macam ni sebenarnya). Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus. Kulit buruk tak flawless itu lah yang elok manis.

2. Pilih kulit tembikai yang warna kuning berbanding putih.

3. Perhatikan berat buah. Biar kecil tapi berat. Itu maknanya buah tersebut juicy, banyak air.

4. Cuba goncang buah, ada dengar tak bunyi macam biji jatuh atau berlaga. Itu maknanya buah dah cukup masak.

5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang dah kering. Itu tanda buah dah masak ranum.

6. Paling senang, hidu. Kalau dah masak baunya memang manis berbanding buah yg muda or belum masak

Semoga Manfaat!

Sumber: Nor Shahidah Abd Kohar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending