Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Tanam Kangkung Tak Jejak Tanah, Lebih Bersih, Sekali Tuai Dapat Setengah Kilo

Published

on

Cara Tanam Kangkung Tak Jejak Tanah, Lebih Bersih, Sekali Tuai Dapat Setengah Kilo

Bagi mereka yang ingin menanam sendiri sayur di rumah, kangkung adalah antara tanaman yang baik untuk anda bermula menanam. Masih belum tahu Cara Tanam Kangkung? Ini kerana kangkung merupakan tanaman yang cepat tumbuh, kurang atau hampir tiada serangan perosak, mudah dijaga dan boleh dituai sekitar 25 hingga 30 hari selepas bercambah.

Selain tidak memerlukan ruang yang besar, kangkung juga boleh ditanam dengan cara tak jejak tanah seperti dikongsi oleh Yuziyana Yusop ini.

Kaedah ini menggunakan mangkuk tapis plastik dan baldi. Langsung tak menggunakan tanah. Lagi terjamin kebersihanya kan?

KEADAH/CARA TANAM KANGKUNG TIDAK JEJAK TANAH

ARTIKEL LAIN : Tanam Sendiri Cendawan Kukur, Gantung Depan Rumah Pun Boleh. 7 Hari Dah Boleh Makan

Sebab ada rakan-rakan yang tidak makan kangkung yang dijual kerana takut ada lintah atau telur serangga di dalam batang kangkung. Yelah, mungkin kangkung yang dijual itu diambil di tepi parit. Tetapi jika kita tanam sendiri, perkara seperti ini tidak akan ada.

“Jom tanam kangkung sendiri. Kangkung tapis, kangkung tak jejak tanah namanya. Tiga minggu dan boleh tuai. Satu tapis dapat dalam setengah kilo hasil kangkung. Alhamdulillah.”

CARA-CARANYA :

1. Rendam biji benih 32 jam guna air paip. Kalau ada benih yang kembang sangat dalam masa 24 jam boleh asingkan dan letak dalam tapis (boleh terus ke langkah 2).

2. Toskan benih lepas rendam kemudian masukkan dalam tapis. Agak-agak saja kuantiti biji benih. Jangan padat sangat, jangan sikit sangat.

3. Pastikan guna tapis yang lubangnya kecil sahaja. Jika lubang besar anak kangkung akan bolos nanti. Jika ada benih yang sudah berakar, masukkan akar ke dalam lubang tapis, biarkan ia menjulur.

4. Letak tapis atas baldi yang telahpun dimasukkan air paip separas mencecah dasar tapis.

5. Tutup tapis berisi benih selama 2-3 hari.Tujuan menutup biji benih adalah untuk menggalakkan anak benih cepat tumbuh.

6. Selepas 3 hari anak benih akan tumbuh seperti tauge. Jangan panik, memang betul dah caranya. Waktu ini dah boleh dedahkan kepada cahaya, air dalam takungan tak perlu buang. Boleh tambah baja AB.

7. Boleh mula guna baja ab bancuhan 10mlab+2L air atau 1.5ec-2ec

8. Hanya pantau air baja dan akr pokok. Tambah air baja bila perlu. Kadar bancuhan baja mulakan daripada 1.5ec minggu 1(10ml ab+2L air), 2ec minggu ke2(15ml ab+2L air) dan 3ec minggu ke3 (20ml ab+2L air).

9. Kangkung tuai bila kangkung berumur lebih kurang 3 minggu.

Semoga Manfaat!

Sumber : Yuziyana Yusop

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending