Connect with us

Resepi

Cara Simple Buat Nasi Ayam Tapi Sedap Tak Cukup Sepinggan

Published

on

Nor Farah Atika telah sudi kongsikan resepi Nasi Ayam simple di Facebook dengan langkah demi langkah. Jom kita cuba. Jika anda nak sediakan hidangan ringkas tapi lengkap semuanya boleh cuba buat Nasi Ayam simple ini untuk keluarga tersayang di rumah.

RESEPI NASI AYAM

Bahan-bahan nasi ayam:

  • Beras
  • Marjerin
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • 4 sekawan
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Air rebusan ayam
  • Daun pandan (jika ada)

Bahan kisar:

  • Bawang putih
  • Halia

Bahan-bahan sup ayam:

  • Ayam
  • Bahan kisar
  • Tomato
  • Lobak merah
  • 4 sekawan
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan-bahan sambal:

  • Tomato
  • Cili besar
  • Cili api
  • Bahan kisar
  • Sos cili
  • Air sunquick (rahsia sambal nasi ayam sedap)
  • Gula
  • Serbuk perasa

Bahan-bahan kicap:

  • Kuah perapan ayam
  • Bahan kisar
  • Kicap

Cara-cara memasak nasi:

1. Basuh beras dengan bersih terlebih dahulu.

2. Panaskan kuali, masukkan marjerin, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih.

3. Setelah naik bau, masukkan 4 sekawan dan seketul kiub pati ayam, kemudian kacau rata.

4. Selepas itu, masukkan ke dalam beras yang sudah dibasuh, sekaligus letak daun pandan jika ada.

5. Masukkan air rebusan ayam dan biarkan masak. Siap!

Cara-cara memasak sup ayam:

1. Rebus ayam dalam air yang mendidih.

2. Masukkan satu senduk bahan kisar. Kisar saja bawang putih dan halia banyak-banyak sebab nak guna untuk buat sup, sambal, perapan ayam dan kicap.

3. Selepas bawa keluar ayam, masukkan tomato, lobak merah, 4 sekawan, garam dan serbuk perasa secukupnya. Siap!

Cara-cara memasak ayam:

1. Masukkan satu senduk bahan kisar, kemudian tambahkan sos tiram dan kicap manis.

2. Gaul sekata dan perap dalam 30 minit sebelum goreng.

3. Setelah diperap, jangan terlalu lama goreng ayam sebab tak nak ayam keras, tapi cukup garing di luar saja. Siap!

Cara-cara memasak sambal:

1. Kisar tomato, cili besar dan cili api.

2. Masukkan satu senduk bahan kisar, sos cili, air sunquick dan sedikit air biasa, kemudian kisar sampai sebati.

3. Selepas kisar, masak sebentar atas dapur.

4. Masukkan gula dan serbuk perasa, kemudian biarkan mendidih. Siap!

Cara-cara memasak kicap:

1. Masukkan kuah perapan ayam tadi ke dalam periuk.

2. Letakkan satu senduk bahan kisar, air dan sedikit kicap, kemudian masak sebentar. Siap!

Sekali-sekala nak buat hidangan istimewa, bolehlah cuba Nasi Ayam simple ini. Setelah membuatnya sekali, pasti anda akan teringin masak lagi nanti.

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Farah Atika

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending