Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul… Ramai yang Selalu Tersilap!

Published

on

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul, Ramai yang Selalu Tersilap!

Hari ni abang isaac nak ajar korang cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul…. Ramai yang Selalu Tersilap! Mentang-mentanglah guna kereta automatik, tekan minyak terus jalan ramai pula yang ambil mudah tentang penggunaan gear.

Antaranya ada yang guna gear P waktu berhenti di traffic light, yang mana cara ini salah. Bayangkan kalau kita tertekan minyak dulu sebelum masuk gear boleh rosak gear box.

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal. Meski mudah tapi memandu kereta automatik tetap perlu mengikut penggunaan gear yang betul. Bagi yang belum tahu berikut adalah yang disarankan.

JANGAN TUKAR GEAR “P” DI TRAFFIC LIGHT

ARTIKEL LAIN : Kereta Bau Busuk? Tips Mudah Buat Kereta Anda Bau Harum Seperti Baru Keluar Dari Showroom

Kekadang abang isaac perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti dekat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan menyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda akan cepat rosak.

KAEDAH YANG BETUL SEMASA BERHENTI DI TRAFFIC LIGHT

  1. Tekan brek kaki
  2. Masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
  3. Tarik hand brek
  4. Lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:

  1. Tekan brek
  2. Masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
  3. Lepas hand brek.
  4. Lepas brek kaki
  5. Tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar

P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara

N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?

Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.

P/S : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

BERIKUT ADALAH SUSUNAN GEAR UNTUK GEARBOX AUTO

P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.

R – reverse, untuk mengundur kereta anda

N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya.

Butang OVERDRIVE (OD)– gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. Gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja. Dalam bahasa mudah abang isaac akan tekan butang OD ni time nak memotong. Kalau tak jumpa butang OD kat mana sila rujuk gambar ye.

D3 – setengah kenderaan tidak mempunyai butang overdrive tetapi mempunyai susunan gear D3. Fungsi dia sama macam butang OverDrive.

(2) – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 sahaja dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.

L – Low gear, gear pertama

HARAP DAPAT MEMBANTU BAGI MEREKA YANG BELUM TAHU.

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Wiper Kereta Kabur Ketika Hujan Ikut Cara Penjagaan Ini Untuk Elak Dari Cepat Rosak

Sumber/Foto : Isaac Olswen

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending