Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah Masak Bihun Sup Tulang Utara. Ikut Jerr Resepi Ni Confirm Menjadi

Published

on

Cara Mudah Masak Bihun Sup Tulang Utara. Ikut Jerr Resepi Ni Confirm Menjadi

Bihun sup tulang utara antara menu yang sangat popular kerana keunikkan rasa dan sajian hidangan itu sendiri. Jika hujung-hujung minggu sebegini hidangan nasi yang disajikan untuk ahli keluarga, apa kata sesekali tukar ke menu ini. Jika buat makan ramai-ramai memang best sangat menu ni.

Jika anda ini mencuba anda boleh ikut resepi perkongsian oleh Zaini Talib ini. Sangat mudah dan membantu bagi persiapan menyediakan masakan bihun sup tulang utara. Simple dan sedap.

BIHUN SUP UTARA (SUP TULANG)

Bihun sup utara, cabainya mesti merah.. bihunnya mesti kuning.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 peket bihun
  • 1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit

Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi. Dah agak-agak lembut bihun terus bilas dengan air paip. Kemudian ditapis..

BAHAN-BAHAN SUP TULANG

  • 1 kilo tulang dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap supnya
  • 2 batang serai ketuk
  • Halia lebih kurang 2 inci atau 3 inci diketuk
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
  • Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • Sedikit batang daun sup
  • Air secukupnya menutupi daging (kalau lagi banyak air lebihkan ya bahan sup di atas)

1. Masukkan semua bahan bahan didalam periuk.

2. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.

*** lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup. Jika tidak masukkan pun takpa.

BAHAN-BAHAN CABAI MERAH

  • Cili kering yang telah siap di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
  • Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
  • Asam keping atau air asam jawa atau cuka
  • Garam
  • Gula

1. Tumis bawang kemudian masukkan cili

2. Masak sampai pecah minyak.

3. Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka, garam dan gula. Boleh juga masukkan sedikit sos cili jika taknak masukkan gula.

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN UNTUK DIMAKAN BERSAMA BIHUN

  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Lobak masin
  • Bawang goreng
  • Tauhu digoreng

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Zaini Talib

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending