Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah Buat Sambal Belacan Kisar. Tak Guna Bawang & Tomato Tapi Memang Sedap

Published

on

Cara Mudah Buat Sambal Belacan Kisar. Tak Guna Bawang & Tomato Tapi Memang Sedap

Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan?

Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Mariana Abd Majid. Nampak mudah dan sedap. Resipi sambal belacan kisar yang boleh buat stok selama 2 minggu.

Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ni ialah tidak menggunakan tomato dan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba? Ini bahan-bahan yang diperlukan.

Cara Mudah Buat Sambal Belacan Kisar.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sambal Getuk Berapi. Makan Dengan Nasi Panas & Telur Mata Memang ‘Syahdu’

BAHAN-BAHAN:

  • 5-6 batang cili merah – boleh buang biji jika suka
  • Cili padi secukupnya – boleh buang biji jika suka
  • Belacan – banyak lebih sedap
  • Air asam jawa pekat – perah guna air suam
  • 7-8 biji limau kasturi – ambil ju
  • 2 biji limau kasturi – belah 4, buang biji
  • Gula dan garam kasar secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.

2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.

3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.

4. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sambal Tumbuk Cili Hijau, Nampak Simple Sahaja Tapi Bila Makan Memang Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

Kredit resipi & foto: Mariana Abd Majid

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending