Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah Buat Roti Canai Di Rumah Lebih Lembut Dan Garing Confirm Sedap

Published

on

Cara Mudah Buat Roti Canai Di Rumah Lebih Lembut Dan Garing Confirm Sedap

Sarapan hari ni roti canai homemade. Tak pandai nak tebar kita tarik saja atas belakang dulang macam mak-mak dulu buat. Yang penting jadi nipis.

Untuk anda yang merupakan peminat roti canai, apa kata anda cuba buat roti canai secara homemade dan tak payah pesan di kedai luar. Bila buat sendiri, lebih puas dan boleh makan banyak kali!

Tapi kalau nak roti canai jadi nipis, dan garing boleh guna cara yang dikongsi oleh Tg Khuzanika. Jom kita tengok perkongsian resepi roti canai homemade yang viral di laman Facebook ini.

RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Apom Lengang Yang Lembut, Tepi Rangup Sebijik Macam Beli Di Pasar Malam

Bahan-bahan

  • 1 kg tepungg gandum
  • 1 sd bsr gula
  • 1 sd bsr garam
  • 2 sd bsr susu pekat
  • 1 sd bsr marjerin
  • 1 bj telur
  • 2 cwn air..

CARA-CARA BUAT ROTI CANAI

1.Masukkan semua susu+gula+garam+telur ke dalam air .. kacau hingga larut…

2.Letak tepung ..planta..uli…

3.Uli jadi doh dan rehatkan selama 10 minit (kalau nak terus uli pun suka hati)

4.Uli lagi doh dan rehat sekejap, uli lagi sampai doh licin, elastik (kenyal). Kalau doh lembik… tabur tepung. Kalau doh nampak keras renjis air sikit-sikit, sampai doh nampak lembut.

5.Bulat-bulatkan doh… sapu marjerin, letak dalam bekas

6.Setelah siap..tuangkan sdikit minyak ke atas doh tadi

7.Perap…4 jam ke atas. Lagi lama lagi lembut. Kalau guna BM (bread maker).. boh cecair dulu.. lpas tu boh tepung… guna mood knead…3…4 kali sampai doh elastik ( kenyal)

*Nampak sedap kan?

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Lempeng Yang Lembut, Gebu & Cantik. Makan Dengan Sambal Tumis Pun Sedap

Sumber: Tg Khuzanika

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending