Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah Bezakan Ikan Segar Yang Baru Naik Dari Laut Dengan Ikan Lama Yang Sejuk Beku.

Published

on

Cara Mudah Bezakan Ikan Segar Yang Baru Naik Dari Laut Dengan Ikan Lama Yang Sejuk Beku.

Ikan adalah sumber makanan yang kaya dengan protein serta sangat baik untuk kesihatan. Malah ia juga tidak mengandungi lemak. Oleh yang demikian, kita disarankan agar mengambil lebih banyak ikan berbanding sumber protein lain seperti daging dan juga ayam.

Terdapat pelbagai jenis ikan yang ada di pasaran. Antara jenis-jenis yang popular di kalangan rakyat Malaysia ialah ikan merah, siakap, tenggiri, pari, kembung, mabung, pelaling, kerisi, selar dan banyak lagi. Ikan-ikan ini sangat sedap dimasak dengan pelbagai gaya masakan.

Pernahkan anda rasa hidangan ikan yang hanya digoreng kunyit atau dibakar ringkas, tetapi rasanya sangat enak! Haa…kalau nak tahu, rahsianya terletak pada kesegaran ikan itu sendiri.

Setiap sajian pasti mempunyai rasa lebih enak jika dihasilkan menggunakan sumber yang segar serta baru. Ikan yang baru ditangkap mempunyai isi yang lebih lembut, berjus dan manis.

Rasanya sangat berbeza dengan ikan sejuk beku yang telah dicairkan aisnya. Ini kerana, ikan sejuk beku biasanya adalah ikan yang telah ditangkap dalam tempoh masa yang lama. Andai dimasak, rasa isinya lebih keras, tawar dan rasa hambar. Kurang sedap!

Namun bila ke pasar untuk membeli ikan, kadang kala kita menjadi ragu-ragu dan kurang pasti sama ada ikan yang dijual itu ikan baru atau ikan sejuk beku yang telah cair aisnya. Sekali imbas, kedua-duanya kelihatan seakan sama. Adalah tidak adil untuk membayar harga yang mahal untuk ikan yang kurang segar sedangkan anda berhak untuk mendapat kualiti yang lebih baik dari itu.

Jika anda ada masalah untuk memilih ikan yang segar, ini ada petua ringkas yang boleh membantu anda jadikan panduan. Apa perlu anda lakukan ialah:-

TIP MEMILIH IKAN SEGAR

1. WARNA IKAN

Untuk ketahui ikan yang anda nak beli segar atau tidak, lihat pada warna kulit ikan. Ikan segar mempunyai kulit yang berkilat dan berwarna cerah  berbanding ikan tidak segar yang kelihatan lebih pucat.

2. BAU

Cium  bau ikan. Ikan segar hanya ada bau hanyir dan berbau laut berbanding ikan lama yang berbau busuk dan sedikit masam.

3. TEKSTUR

Tekan sedikit badan ikan menggunakan hujung jari bagi merasa tekstur isinya. Ikan segar isi lebih keras dan pejal bila ditekan. Jika terlalu lembik, bermakna ikan  tersebut tidak segar lagi. Elakkan beli ikan sebegitu.

4. MATA IKAN

Ikan segar matanya kelihatan jernih menonjol, masih berkilat, bersinar dan cembung. Berbanding ikan yang lama, matakan kelihatan merah, suram dan termasuk ke dalam.

5. WARNA INSANG

Jangan takut-takut untuk pegang ikan untuk melihat warna insangnya. Itu hak anda untuk dapatkan kualiti yang terbaik. Insang ikan yang segar berwarna merah dan boleh diregangkan berbanding insang ikan yang sudah lama berwarna kelabu dan berlendir tebal.

6. PILIH IKAN BERLENDIR

Ikan yang masih segar biasanya ada sedikit lendir jernih pada sisik dan kulitnya. Bila disentuh, terasa licin. Jika ikan yang anda pilih terlalu berlendir serta warna kulitnya tidak seperti dalam ciri-ciri diatas,  pilih ikan jenis lain yang lebih segar.

7. SISIK & SIRIP KUAT

Sisik yang kuat melekat, berkilat serta sirip yang kuat menunjukkan ikan tersebut masih segar dan baru ditangkap. Berbanding ikan lama, sisiknya kelihatan suram dan mudah tertanggal.

8. PERUT TIDAK PECAH

Elakkan mengambil ikan yang telah pecah perutnya. Dinding perut ikan yang lembik menunjukkan iakn tersebut kurang segar. Sebaliknya pilihkan ikan yang kulit dan isinya tidak robek terutamanya pada bahagian perut.

Macam mana senangkan petua ini? Jadi mulai hari ini bila ke pasar, ingat lapan perkara ini supaya ikan yang dibeli segar dan setanding dengan harga yang anda bayar. Maklumlah, ikan harganya boleh tahan mahal lebih-lebih lagi jika yang bersaiz besar.

Selamat mencuba dan jangan lupa share ya!

Sumber: Rasa

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kacang Bawang Putih Special, Rendam Dengan Santan Dulu Baru Goreng

Published

on

Buat Sendiri Kacang Bawang Putih Special, Rendam Dengan Santan Dulu Baru Goreng

Daripada makan jajan penuh penuh perisa, pengawet lebih baik makan jajan macam ni. Kacang goreng bawang putih, rasa lemak-lemak dan bawang putih memang layan. Kalau makan sambil tengok TV tak sedar habis sebotol.

Kalau nak cuba buat ikut perkongsian Xiyan Mohamad, resipi ini diperoleh daripada rakan pembantu rumahnya dari negara jiran. Memang sedap. Boleh jadi kuih raya juga nanti.

Buat Sendiri Kacang Goreng Bawang Putih

1. Sediakan bahan untuk rendaman. Sediakan kacang tanah (beli tanpa kulit lagi senang). Basuh kacang dibilas 4-5 kali dan tos. Kisar 5 ulas bawang putih, daun limau purut dicarik dan santan kotak kecil.

2. Sediakan juga terlebih dulu bawang putih goreng. 8 ulas bawang putih cincang. Sebelum itu kacau dalam air garam 5 saat dan terus tos. Ini supaya bila goreng tak hangit.

Ini bawang putih siap digoreng.

3. Panaskan air dalam 8 cawan, masukkan bawang putih kisar tadi, daun limau purut, santan, garam 2 sudu makan, gula 2 sudu makan (jangan banyak nanti bila goreng kacang cepat hangit).

4. Bila santan dah mendidih, tutup api. Jika rasa kurang masin tambah garam. Tuang dalam kacang yang telah ditoskan. Seperti dalam gambar.

5. Rendam selama 1 – 1 1/2 jam kacang tenggelam ya. Kalau air kurang boleh tambah air panas.

Kacang ditoskan

6. Panaskan minyak. Letak satu biji kacang dulu, kalau timbul maknanya minyak dah panas. Goreng dengan api sederhana. Kena selalu kacau tau. Bila nampak dah berwarna perang bolehlah angkat toskan minyak.

7. Sejukkan dalam dulang tabur bawang putih goreng taburkan garam sikit gaul sebati.

Ok dah siap dah boleh makan. Buat kudapan sambil tgok tv. Daun limau purut rangup bila dimakan dengan kacang marvelous.

Selamat mencuba.

Sumber: Xiyan Mohamad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending