Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Merawat Pokok Kari Kalau Ada Masalah Bintik Hitam Pada Daun

Published

on

Cara Merawat Pokok Kari Kalau Ada Masalah Bintik Hitam Pada Daun

Jika pokok kari yang ditanam mengalami masalah ini berikut antara cara yang boleh digunakan untuk merawat pokok berkenaan hasil perkongsian Fbk Berkebun D Rumah.

Namun begitu antara masalah biasa pokok kari bila dah makin rimbun adalah daunnya mudah disrang masalah bintik hitam. Kadang-kadang habis semua daun dijngkiti penykit ini.

Pokok kari memang selalu digunakan dalam masakan, jadi ia antara yang selalu ditanam sekitar rumah.

Cara Merawat Pokok Kari Kalau Ada Masalah Bintik Hitam Pada Daun

ARTIKEL LAIN : Tip Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun, Guna Baja Bancuh Sendiri Saja

1. Buang semua daun yang ada bintik hitam ini. Jika terlalu banyak cantas dahannya kerana ia akan menjngkiti daun lain.

2. Selepas cantas, lakukan siraman seperti biasa. Lakukan juga proses untuk suburkan kembali pokok seperti siram dengan air beras, air ikan, kulit bawang. Boleh juga gunakan baja organik.

3. Selepas lebih kurang dua minggu tunas baru akan tumbuh. Elak letak pokok di tempat yang redup kerana ini juga salah satu punca pokok mengalami masalah bintik hitam.

4. Selepas sebulan daun pokok akan semakin banyak, lakukan semburan untuk elakkan serangga yang boleh dibuat sendiri atau semburan cuka kayu. Ia untuk elakkan kejadian sama berulang.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

ARTIKEL LAIN : Guna Sarang Telur Tanam Daun Bawang Lagi Mudah, Tak Guna Tanah

Sumber: Berkebun D Rumah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending