Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Kurangkan Pedas Cili Kering Supaya Senang Nak Masak Untuk Anak

Published

on

Cara Kurangkan Pedas Cili Kering Supaya Senang Nak Masak Untuk Anak

“Lupa pulak cili kering yang beli hari tu memang pedas. Patutnya bubuh sikit je tadi. Kesian pulak budak-budak tu nak makan nanti.”

Dalam makanan orang Malaysia, memang antara bahan wajibnya adalah sambal. Nak membuat sambal ni dah tentulah gunakan cili kering. Biasanya kalau nak pilih yang kurang pedas, ambil yang kerinting. Tapi kadang-kadang tak perasan dah terbeli atau tak ada pilihan lain.

Bila nak masak, kita pun bubuhlah cili macam biasa. Kalau sikit sangat, warna sambal pun kurang menariklah kan? Sekali dia punya pedas, boleh berdesing telinga!

Untuk mengelakkan cili kering yang terlampau pedas, jom kita ikuti tips yang dikongsikan oleh saudari Eyna Zakaria. Menurutnya, tips ini dipelajari daripada seorang tukang masak kenduri kahwin. Memang mudah dan sangat berguna, terutamanya bagi mak-mak yang nak masak untuk anak yang tak tahan pedas. Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.

CARA KURANGKAN PEDAS CILI KERING TANPA JEJASKAN WARNA SAMBAL

Kalau perasan, cili kering zaman sekarang ni tak kiralah yang kerinting atau yang licin memang pedas yang amat! Jadi, di sini saya nak share cara untuk kurangkan pedas pada cili kering ni. Mari saya terangkan langkahnya satu persatu.

1. GUNTING CILI KERING & BUANG BIJI

Mula-mula sekali, guntingkan cili kering macam biasa. Tak kisah nak gunting serong atau gunting menegak di tengah, asalkan bijinya dapat dibuang dengan mudah.

2. RENDAM DALAM AIR KAPUR

Lepas dah buang biji cili kering tu sebanyak yang boleh, rendamkan pula dalam air kapur. Untuk cili banyak macam dalam gambar di bawah ni, saya bubuh lebih kurang 4 sudu air kapur. Kemudian saya isi setengah cawan air paip. Biarkan dalam 20-30 minit, bergantung pada kuantiti cili kering tu.

3. REBUSKAN CILI

Lepas 20 minit, bolehlah dibuang air kapur tadi. Rendaman air kapur akan bertukar macam dalam gambar di bawah ini. Sekarang dah bolehlah rebuskan cili kering macam biasa menggunakan air paip.

4. KISAR & MASAK!

Akhir sekali, kisarkan cili dan bolehlah digunakan untuk memasak. Yang lebih boleh simpan. Nampak merah menyala sambal sotong saya ni kan? Tapi alhamdulillah tak pedas sangat, sedap-sedap makan aja. Barulah anak-anak boleh makan sama.

SENANG NAK MASAK UNTUK ANAK-ANAK

Walaupun kita suka pedas, bukan satu keluarga boleh makan pedas, lagi-lagi pula kalau masak untuk tetamu. Jadi, lain kali tak perlu risau lagi kalau terbeli cili kering yang pedas. Bolehlah guna petua yang dikongsikan ini. Nak masak sambal boleh, buat goreng-goreng boleh, nak buat lauk pun senang. Yang best tu, warna masakan tetap merah menyala. Baru naik selera!

Selamat mencuba.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Berbaloi Tanam Pokok Betik Sekaki. 5 Bulan Dah Berbuah, Tengoklah Saiznya Memang Puas Makan

Published

on

Berbaloi Tanam Pokok Betik Sekaki. 5 Bulan Dah Berbuah, Tengoklah Saiznya Memang Puas Makan

Betik antara pokok buah yang selalu ditanam di halaman rumah. Dan sekarang ramai pula yang sedang mencuba menanam pokok betik sekaki.

Pokoknya pendek tapi berbuah lebat dan saiznya lebih panjang dan lonjong dari betik biasa (mungkin dari sini dapat namanya).

Biji benihnya boleh dibeli di nurseri mana kala cara penanamannya boleh ikut seperti yang dikongsi oleh Donis De Donnis
Berbaloi Tanam Pokok Betik Sekaki. 5 Bulan Dah Berbuah, Tengoklah Saiznya Memang Puas Makan

Tip Tanam Dan Penjagaan Betik Sekaki

ARTIKEL LAIN : Nak Pokok Buah Hasil Lebat, Tak Buruk, Kenalah Buat 2 Air Semburan Ini

Penyediaan biji benih – ebelum menyemai benih betik sekaki, rendam dulu benih dalam air suam, iaitu campurkan 1/2 cawan air panas dengan 1/2 cawan air pada suhu bilik. Suhu sekitar 35 hingga 40 darjah Celsius selama 2 jam.

Biji benih boleh disemai di atas tapak tray menggunakan cocopeat atau peatmoss atau tanah organik.

Biji benih akan mula bercambah selepas 5 ke 8 hari.Apabila anak benih sudah mula membesar, taburkan racun siput disekeliling untuk mengelakkan serangan siput.

Selepas anak benih berumur 4 minggu atau mempunyai daun 8 helai, anak semaian boleh di pindahkan.

Cara penanaman

  • Kawasan penanaman hendaklah bersih dan digembur terlebih dahulu.
  • Gali lubang sedalam 30 cm X 30 cm lebar. Semasa anda menanam, gaulkan tanah bersama baja NPK subur.
  • Gunakan sungkup untuk elakkan rumpai atau rumput tumbuh.

Pembajaan

1. Pembajaan pokok betik adalah penting supaya dapat menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti.

2. Pembajaan asas dengan menggunakan baja organik seperti tahi ayam.

3. Baja NPK subur ( baja subur) digunakan dengan kadar 50gram usia pokok 1bulan ke 2bulan. 100gram usia pokok 3 bulan dan 300gram usia pokok 5 bulan.

4. Baja NPK buah pula diberikan pada bulan ke enam sebanyak 300 gram sepokok setiap 6 bulan.

5. Pengairan juga penting terutama pada musim kemarau,pokok betik perlu mendapatkan air yang cukup, kekurangan air boleh menyebabkan bunga bunga gugur.

Penghasilan Buah

Betik berbuah selepas 5 bulan disemai. Ia berbuah berpanjangan.

Pokok berbuah paling banyak ketika berumur 10 bulan atau 1 tahun. Petik berbuah apabila hampir ranum, iaitu apabila buah kekuningan.

Sepokok betik boleh menghasilkan 25 kilo sepanjang hayatnya.Masa pengeluaran hasil yang banyak adalah diantara 18-24 bulan.
Jangka hidup betik antara 1-4 tahun .Hayat berbuah banyak 2 tahun.

TIP

Pohon betik akan hidup subur di kawasan lapang yang tidak terdedah kepada angin kencang. Jika angin kuat pendebungaan buah tidak akan berlaku. Bunga akan gugur.Pastikan kawasan anda mempunyai cahaya matahari yang cukup.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Baja Kulit Telur Untuk Kuatkan Akar Tanaman. Mudah Dan Menjimatkan Kos

Sumber: Donis De Donnis & FB Abd Jalil

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending