Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Sambal Ikan Bilis Laku Keras

Published

on

Cara Buat Sambal Ikan Bilis Laku Keras

Assalam sis. Ok tengah-tengah malam buta ni kanda share resepi sambal ikan bilis atau sambal nasi lemak baru ni. Ramai yang tanya macam mana nak buat, tak larat nak type kat komen, jadi buat post baru lagi senang.

Dulu-dulu ada jual nasi lemak, memang orang nak sangat sambal ni. Cubalah berniaga, insyaallah laku keras. Sekarang tak jual dah, gantung kuali letih masak-masak ni. Boleh save ya, nanti dah buat jemputlah kanda makan nasi lemak korang tu ye. Dah jangan tanya lagi macam mana nak buat. Hehe!

Benda simple kenapa nak complicatedkan kan? Kan? Boleh makan dalam 6-10 orang bergantung pada tahap hantu sambal korang ya.

Resipi Niaga Sambal Ikan Bilis

Bahan-Bahan:

  • 6sb Bawang kisar
  • 8sb Cili kisar
  • 4sb Gula
  • 2sb Gula melaka
  • 1-2sb Garam

(Manisan ni bergantung pada tahap kepedasan cili dan selera anda. Ada orang suka sambal manis-manis)

  • 1 Asam Keping saiz sederhana
  • Ikan bilis sengeggam (rendam dan bilas dahulu)
  • 6-8 Biji bawang siam
  • 1 Ketul kecik belacan (besar kuku ibu jari atau jari tengah, optional)
  • 2 Helai daun pandan

Cara Membuat:

1. Panaskan mintak, kena ingat minyak kena banyak tau untuk menumis ni. Jangan risau minyak terlebih takkan kacau rasa sambal ni. Lepas masak nanti boleh buang minyak yang terlebih tu.

2. Bila minyak panas, masukkan bawang kisar dan cili kisar. Masa ni pastikan lebihan minyak dalam 2 inci dari keliling bahan tumis. Itu tandanya minyak cukup, kalau tak cukup boleh tambah masa ni.

3. Kemudian masukkan terus bawang siam yang telah dihiris. Kita masukkan awal-awal sebab nak bagi dia betul-betul layu atau lembik. Bawang banyak ni sedap tau. Bawang siam ni dia lebih sedap dari bawang rose dan sedikit mahal.

4. Tumis sampai garing. Kemudian, masukkan gula, garam dan belacan. Tak perlu bakar pun takpe belacan tu. Pastikan bahan tumis tu tak hangit, masak je guna api kecik. Bila dah betul-betul garing, masukkan air sedikit anggaran dalam 1/2 – 1 cawan macam tu. Dan masukkan asam keping.

5. Tumis lagi sehingga dia betul-betul pekat, kemudian masukkan daun pandan. Last sekali masukkan ikan bilis yang telah dikopek dan dibasuh. Bila dah masukkan ikan bilis ni, tumis lagi dalam 10 minit macam tu. Andaikata terlebih air, mintak bantuan buah keras ya.

6. Sambil-sambil tu rasa lah cukup ke tidak manis atau masinnya. Nak selamat, letak sikit ajinamoto tu. Please guy, secukup rasa ke, sesedap rasa ke, pasti sedap ke tu semua MSG. Sama je macam ajinamoto. Jangan lebih-lebih, berpada pada je cukup. Dah siap. Anggaran dalam 45 minit je untuk masak sambal ni.

7. Tiada trick or special resepi pun, tapi memang sedap sambal ni. Boleh digunakan untuk burger malaysia, makan dengan cakoi, makan dengan roti canai atau calit roti putih tu.

Tip: Blend bawang dan cili tu jangan isi air banyak-banyak yer untuk elakkan dari sambal meletup-letup waktu tengah menumis. Lain orang, lain cara. Tapi dah ramai tanya, macam ni lah cara buat dia.

Selamat mencuba!

Sumber: Wan LuQman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending