Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Sambal Getuk Berapi. Makan Dengan Nasi Panas & Telur Mata Memang ‘Syahdu’

Published

on

Cara Buat Sambal Getuk Berapi. Makan Dengan Nasi Panas & Telur Mata Memang ‘Syahdu’

Ada masa kita tak takde selera nak makan lauk yang bergulai, tumis bagai. Nak makan lauk ringkas saja. Mulalah rasa macam nak cari sambal. Nak makan lauk yang kering-kering kan. Jangan bimbang, sambal getuk berapi pasti membuka selera.

Sambal getuk berapi ini antara lauk yang boleh kita buat bila datang perasaan macam ni. Dah siap nanti sekejap saja licin. Kombinasi paling mantap, nasi panas dan telur mata saja. Ini pun dah syahdu sangat.

Resipi ini memang paling mudah. Guna empat bahan asas yang memang ada di dapur sahaja. Mudah sahaja cara membuatnya.

Cara membuatnya dikongsi oleh Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas. Sesuai sangat untuk yang suka masakan pedas.

Cara Buat Sambal Getuk Berapi.

ARTIKEL LAIN : Cara Goreng Ikan Bilis Kekal Rangup Confirm Tak Liat Walaupun Sudah Sejuk

Bahan – bahan

  • Ikan bilis
  • 8 ulas bawang putih
  • 3-4 ulas bawang merah
  • Cili api – ikut kepedasan yang dikehendaki
  • Serbuk perasa
  • Sebiji limau kasturi

Cara Buat Sambal Getuk Berapi. Makan Dengan Nasi Panas & Telur Mata Memang ‘Syahdu’Cara Buat Sambal Getuk Berapi. Makan Dengan Nasi Panas & Telur Mata Memang ‘Syahdu’

Cara membuat

1. Goreng ikan bilis hingga rangup. Tos.

2. Goreng bawang dan cili padi hingga layu. Tos.

3. Tumbuk bahan yang digoreng ini hingga hancur dan tambah serbuk perasa dan gula.

4. Dah siap perah limau kasturi. Sedia dimakan.

Makan dengan nasi panas, telur mata dan kicap memang syahdu. Buat pula pedas memang boleh mengalir air mata.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Buat Sambal Bilis Garing Yang Sedap, Sambal Pekat. Dah Siap Masak, Kena Ceduk Macam Ini

Sumber: Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending