Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Pulut Kacau, Rupanya Mudah Saja. Paling Penting Air Gula Santan Kena Pekat

Published

on

Cara Buat Pulut Kacau, Rupanya Mudah Saja. Paling Penting Air Gula Santan Kena Pekat

Bila tengok saja hidangan ini mesti ramai yang kata lamanya tak makan. Pulut kacau atau dipanggil juga wajik ini memang sedap. Rasa lemak manis pulut likat adalah tarikan untuk hidangan yang sudah jarang dihidangkan sekarang kecuali bila ada majlis atau kenduri.

Selalunya pulut kacau ini dimasak oleh mak-mak kita, tapi kalau dah teringin nak makan bolehlah buat sendiri. Nampak macam susah tapi sebenarnya cara memasaknya agak mudah.

Boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Afeefah Ahmad yang turut menyertakan rahsia uuntuk menjadikan pulut kacau makin sedap, air gulanya berlinang tak serap dek pulut. Resipi ini menurutnya adalah dari ibunya.

Cara Dan Tip Buat Pulut Kacau Atau Wajik

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kek Sarang Semut, Penuh Sarang. Pukul Guna Sudu Saja, Tak Payah Perap

Ada peminat pulut kacau/ wajik kat sini? Yang ini mak saya buat untuk besannya. Bila masak satu rumah bau harum.

Bahan-bahan

  • 1kg beras pulut wangi
  • 1kg santan segar
  • 1kg gula merah hitam
  • Daun pandan

Cara membuat

1. Terlebih dahulu beras pulut dibasuh bersih dan rendam 2 jam ke atas kemudian tos.

2. Kemudian kukus pulut kembang. Ketepikan.

3. Seterusnya masak air gula bersama secawan air. Masak dengan daun pandan supaya wangi.

4. Selepas air air larut, tapis dan masukkan dalam santan. Masukkan dalam kuali kemudian masak santan dan air gula ini. Masak santan dengan air gula hingga betul-betul pekat.

5. Bila dah pekat masukkan pulut yang dah dikukus tadi. Waktu ini jangan tutup api dulu. Perlahankan saja api.

6. Ratakan pulut, gaul dalam kuali sampai pulut sebati dengan air gula santan.
Selepas pulut dan air gula santan rata baru tutup api dan tuang dalam bekas.

Tip dari ibu

  • Rahsia supaya gula merah berlinang tak serap dek pulut ialah kena pastikan air gula merah tak boleh cair! Kena betul-betul pekat sebelum tuang masak sekali santan.
  • Pastikan santan dan air gula dimasak sampai pekat barulah tuang pulut dan kacau. Selagi tak pekat jangan masukkan pulut dulu.
  • Selepas masukkan pulut dalam air gula santan kacau tapi jangan sampai kering, cukup untuk sampai pulut sebati dengan air gula saja.

Semoga bermanfaat

ARTIKEL LAIN : Resepi Kuih Lepat Boko Ubi Best Citarasa Orang Kampung

Sumber: Afeefah Ahmad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Mudah Tanam Cendawan Tiram Putih Di Rumah, Tak Perlu Ruang Besar

Published

on

Cara Mudah Tanam Cendawan Tiram Putih Di Rumah, Tak Perlu Ruang Besar

Cendawan tiram putih antara jenis cendawan yang sangat digemari kerana teksturnya yang lembut dan sesuai dimasak dalam pelbagai hidangan seperti goreng tepung, sup dan masakan berkuah. Menariknya, cendawan ini sebenarnya boleh ditanam sendiri di rumah dengan cara yang sangat mudah. Cara Mudah Tanam Cendawan Tiram Putih

Anda tidak memerlukan kawasan tanah yang luas pun. Cukup sekadar ruang kecil yang redup seperti di dapur, balkoni atau sudut rumah yang mempunyai pengudaraan baik.

Menurut perkongsian daripada penanam cendawan, proses penanaman ini boleh dilakukan walaupun di dalam rumah asalkan keadaan persekitaran sesuai.

Berikut adalah panduan mudah untuk menanam cendawan tiram putih di rumah.

1. Sediakan Bongkah Cendawan Yang Sesuai

Untuk memulakan penanaman, anda perlu mendapatkan bongkah cendawan tiram putih yang sudah matang.

Bongkah ini mudah didapati di kedai pertanian atau platform dalam talian seperti Shopee.

Pastikan bongkah berada dalam keadaan baik dan tidak rosak sebelum digunakan.

2. Letakkan Di Kawasan Redup

Cendawan tiram putih tidak memerlukan cahaya matahari secara langsung.

Namun ia juga tidak sesuai ditempatkan di kawasan terlalu gelap.

Yang penting:

  • Letakkan di kawasan redup.
  • Pastikan pengudaraan baik.
  • Elakkan haba panas berlebihan.

3. Kawal Kelembapan Persekitaran

Kelembapan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan cendawan.

Jika cuaca panas atau persekitaran kering, anda boleh:

  • Menyembur air di sekitar kawasan bongkah.
  • Meletakkan tuala lembap berhampiran bongkah.
  • Memastikan ruang tidak terlalu kering.

Kaedah ini membantu merangsang pertumbuhan cendawan dengan lebih cepat.

4. Kawal Hasil Tuaian Cendawan

Menariknya, anda boleh mengawal pertumbuhan cendawan mengikut keperluan.

Jika mahu “rehatkan” pengeluaran cendawan:

  • Tutup bahagian atas bongkah dengan rapat.

Jika mahu cendawan tumbuh semula:

  • Buka semula penutup dan biarkan udara masuk.
  • Cendawan biasanya akan mula keluar dalam beberapa hari.

Tip Menuai Cendawan Tiram Putih

Waktu terbaik untuk menuai cendawan ialah ketika ia masih segar dan kelopaknya sedang mengembang.

Jika dibiarkan terlalu lama:

  • Batang cendawan boleh bertukar kekuningan.
  • Kelopak menjadi berkedut.

Walaupun masih boleh dimakan, rupa cendawan mungkin kurang menarik.

Oleh itu, pastikan anda menuai pada waktu yang tepat untuk mendapatkan hasil yang cantik, gebu dan segar.

Penutup

Menanam cendawan tiram putih di rumah sebenarnya sangat mudah dan sesuai untuk sesiapa sahaja, termasuk yang tinggal di ruang kecil seperti apartment atau rumah flat.

Dengan penjagaan asas seperti kawalan kelembapan dan cahaya, anda boleh menikmati hasil cendawan segar sendiri tanpa perlu membelinya di pasar.

Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending