Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Puding Marble Yang Sedap & Confirm Jadi. Sedap Pekena Musim Panas

Published

on

Cara Buat Puding Marble Yang Sedap & Confirm Jadi. Sedap Pekena Musim Panas

Cuaca panas sekarang ni memang rasa nak makan aiskrim dan minum air sejuk je kan? Sesekali ‘pekena’ puding dan jelly mesti sedap kan? Apa kata kita cuba buat puding marble yang cukup legend ni. Fuh, bayangkan nikmatnya bila dimakan sejuk-sejuk…!

Sebenarnya senang sangat nak membuatnya. Guna bahan pun tak banyak. Jom kita tengok resepi puding marble yang dikongsikan oleh Puan Maria Bentalib ini. Katanya, resepi ini merupakan resepi turun-temurun daripada ibunya.

Siap tunjukkan step-by-step sekali tau. Ini resepi puding marble beliau selengkapnya.

Resepi Puding Marble Yang Paling Sedap Dan Mudah

ARTIKEL LAIN : Resepi Puding Lumut Butter Opah Ini Memang Sedap. Lembut & Berlemak. Senang Je Nak Buat!

Bahan-bahan

  • 2 bungkus agar-agar tali
  • 2 tin susu cair
  • 4 biji telur
  • 800g gula kasar
  • 10 mug / 1300 ml air
  • 4 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air suam
  • Sedikit pewarna merah / sirap

Cara-cara

1. Masak Agar-agar

Mula-mula, masak agar-agar di atas api sederhana sehingga hancur. Bila dah hancur, masukkan gula dan kacau sebati. Bila gula dah larut dan agar agar tu dah agak pekat, padamkan api.

2. Tapis Agar-agar

Tuang dan tapis agar-agar tadi ke dalam sebuah periuk lain. Letak atas dapur dan nyalakan api sederhana.

3. Pukul Susu Cair Bersama Telur

Dalam sebuah bekas lain, campurkan susu cair dan telur. Pukul sekejap guna garfu pun boleh.

4. Campurkan

Padamkan api agar-agar tadi. Kemudian, campurkannya bersama adunan susu cair dan telur yang telah dipukul.

Letakkan esen vanila dan kacau. Nyalakan api sederhana semula dan biarkan hingga mendidih. Bila dah agak pekat, padamkan api.

5. Asingkan Kepada 3 Bahagian

Bancuhkan serbuk koko dengan sedikit air suam.

Masukkan 3 senduk adunan agar-agar yang dah dimasak tadi ke dalam mangkuk koko yang dah bancuh ngan air suam ni tadi.

Masukkan juga 3 senduk lagi ke dalam mangkuk pewarna merah.

Selebihnya tuangkan dalam mangkuk acuan.

6. Corakkan

Sekarang kita akan corakkan dengan metakkan bancuhan serbuk koko seperti di dalam gambar.

Kemudian giliran warna merah pula diletakkan.

Boleh guna lidi untuk menjadikan corak lebih menarik. Tapi buat zig zag beberapa kali je dah cukup ya. Jangan godak atau kacau agar-agar tu nanti corak tak cantik sebab warnanya akan bercampur jadi warna lain.

7. Sejukkan

Selesai semua, tutupkan bekas dan simpan dalam peti sejuk, bukan freezer ya.

Siap!

Agak-agak dah keras dan sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan. Wah, memang menggoda tengok hasilnya. Coraknya menarik, rasanya pun tentulah sedap, lembut dan lemak berkrim.

Taklah susah sangat nak buat sendiri dekat rumah, kan? Bolehlah buat minum petang atau bawa ke majlis-majlis. Mesti seronok sebab dapat makan puas-puas. Jadi, apa lagi. Bahan pun banyak yang dah ada dekat rumah tu. Insha Allah gerenti puas hati dengan air tangan sendiri.

Selamat mencuba ya.

Sumber : Puan Maria Bentalib

ARTIKEL LAIN : Guna Sukatan Cawan Buat Puding Susu Nata De Coco Confirm Jadi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Letak Daun Kering Pada Pangkal Pokok, Petua Supaya Pokok Buah Berbunga & Berbuah. Mudah Sangat!

Published

on

Letak Daun Kering Pada Pangkal Pokok, Petua Supaya Pokok Buah Berbunga & Berbuah. Mudah Sangat!

Setiap ciptaan Tuhan dalam dunia ini dah tentu ada fungsi dan kebaikannya. Hatta daun kering pun ada manfaatnya.

Mungkin ramai tak tahu, daun kering yang berguguran di bawah pokok juga boleh dimanfaatkan kembali untuk kesuburan dan membantu pokok mengeluarkan hasilnya. Caranya boleh rujuk perkongsian dari Puan Aisyah Othaman. Walaupun sudah lama dikongsi tapi tetap boleh kita gunakan untuk tanaman terutamanya pokok buah.

Daun Kering Pun Ada Gunanya

Pokok limau, sepanjang setahun lebih hanya sesekali saja letak baja masa awal-awal ditanam. Selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan dia.

Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izin-Nya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”

  • 22 Februari- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.

  • 15 Mac -Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.

Caranya

Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.

Selain pokok limau boleh juga buat pada pokok buah lain.

Sumber: Aisyah Othaman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending