Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Puding Kastad Jagung Paling Simple, Sedapnya Makan Sejuk-Sejuk

Published

on

Cara Buat Puding Kastad Jagung Paling Simple, Sedapnya Makan Sejuk-Sejuk

Resepi puding kastad jagung perkongsian Puan No Or ini cukup ringkas dan mudah. Kena pula makan waktu panas tengahari, memang nyaman je rasa bila masuk dalam tekak.

Jom ikuti perkongisan di bawah ini di bawah.

Cara Buat Puding Kastad Jagung Paling Simple

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Puding Laici Yang Sedap, Kalau Tak Nak Berketul Kena Masak Macam Ni

BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING :

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 tin jagung manis
  • 3/4 cawan gula pasir
  • (boleh ubah kalau nak lebih atau kurang manis)
  • 3 cawan air
  • 1 kotak santan
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK :

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk

2. Kacau sebati semua bahan.

3. Kemudian letak di atas api yang perlahan

4. Kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.

5. Tutup api.

6. Kemudian boleh ceduk kedalam bekas dan sejukkan.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : No Or

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Letak Daun Kering Pada Pangkal Pokok, Petua Supaya Pokok Buah Berbunga & Berbuah. Mudah Sangat!

Published

on

Letak Daun Kering Pada Pangkal Pokok, Petua Supaya Pokok Buah Berbunga & Berbuah. Mudah Sangat!

Setiap ciptaan Tuhan dalam dunia ini dah tentu ada fungsi dan kebaikannya. Hatta daun kering pun ada manfaatnya.

Mungkin ramai tak tahu, daun kering yang berguguran di bawah pokok juga boleh dimanfaatkan kembali untuk kesuburan dan membantu pokok mengeluarkan hasilnya. Caranya boleh rujuk perkongsian dari Puan Aisyah Othaman. Walaupun sudah lama dikongsi tapi tetap boleh kita gunakan untuk tanaman terutamanya pokok buah.

Daun Kering Pun Ada Gunanya

Pokok limau, sepanjang setahun lebih hanya sesekali saja letak baja masa awal-awal ditanam. Selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan dia.

Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izin-Nya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”

  • 22 Februari- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.

  • 15 Mac -Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.

Caranya

Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.

Selain pokok limau boleh juga buat pada pokok buah lain.

Sumber: Aisyah Othaman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending