Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Minyak Sawit Dekat Rumah. Ada Buah Sawit, Senang Sangat Buatnya.

Published

on

Cara Buat Minyak Sawit Dekat Rumah. Ada Buah Sawit, Senang Sangat Buatnya.

Proses Kat Rumah Je, Abang Ni Kongsi Cara Nak Buat Cara Buat Minyak Sawit Dekat Rumah Guna Buah Sawit Semakin hari, kos sara hidup semakin tinggi lebih-lebih kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar dan juga yang telah berumah tangga.

Malah, sejak dua tiga hari lalu, turut tular di media sosial apabila netizen berkongsi harga minyak botol 5kg yang didakwa mengalami kenaikkan harga mendadak, ada yang sehingga RM 50 sebotol.

Berdepan dengan tekanan sebegini, selagi boleh berjimat-cermat, kita akan cuba sedaya upaya untuk berjimat cermat bagi mengurangkan kos sara hidup yang kini semakin melonjak tinggi sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Oleh itu, hari ini kami ingin berkongsi cara menghasilkan minyak masak sendiri di rumah yang dipetik dari laman TikT0k milik Hamba Kayangan. Apa yang diperlukan dalam pembuatan minyak masak adalah buah kelapa sawit yang telah matang.

Pertama sekali, anda perlu membersihkan terlebih dahulu buah kelapa sawit kemudian dikukus untuk beberapa minit. Seterusnya, angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum kopek dan kukus sekali lagi.

Baca juga Elakkan Bancuh Susu Formula Dengan Air Mineral Jika Sayangkan Anak

Setelah itu, dengan menggunakan kain yang bersih, perah kelapa sawit yang telah dikukus tadi untuk keluarkan minyak. Tapiskan perahan minyak tadi kemudian masak sekejap untuk dapatkan tekstur minyak yang lebih halus. Siap dan boleh terus guna.

Sebab harga barang semua naik, jom kita try buat minyak masak sendiri.

Amik kira-kira dalam 50 biji buah kelapa sawit letak dalam bekas

Cara Buat Minyak Sawit

Cuci bersih, kemudian kukus sekejap.

Cara Buat Minyak Sawit

Tunggu sejuk dahulu, lepas tu kopek kulit.. dan kukus balik kulitnya.

Cara Buat Minyak Sawit

Pakai kain bersih dan perah, untuk dapatkan minyaknya.

Cara Buat Minyak Sawit

Kemudian tapiskan minyaknya.

Cara Buat Minyak Sawit

Kemudian panaskan minyak balik, biar kasi halus lagi minyak, dan tapis lagi sekali.

Cara Buat Minyak Sawit

Lepas siap, jom try goreng ayam pakai minyak yang kita buat tadi.

Done.. lepas nie boleh lah try jadi tokey minyak sawit homemade plak..:)

Ketahui juga Cara Buat Tapai Pulut, Ikut Pantang Larang Ini Supaya Manis & Menjadi Elok

beras mahal..kita tanam padi sndri..cili mahal..kita tanam cili sndri..minyak msak mhal..kita try buat sndiri..

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!

Sumber: imuslimnetwork

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending