Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Maggi Goreng, Sekali Buat 3 Bungkus Baru Puas Makan. Memang Sedap!

Published

on

Cara Buat Maggi Goreng, Sekali Buat 3 Bungkus Baru Puas Makan. Memang Sedap!

Selain mee atau bihun, maggi goreng antara hidangan lazat yang boleh dijadikan menu sarapan ataupun makan malam. Biasa kalau ke Mamak, order maggi goreng ni mesti tak puas makan kerana kuantitinya yang sedikit.

Nak puas makan, boleh je buat sendiri di rumah. Tak perlu ke Mamak dah. Mari ikuti perkongsian resepi Nana Sabrina Sarsan di bawah ini.

Resepi Maggi Goreng Ni Memang Sedap

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Mi Goreng Stail Mamak. Masak Sekejap Tapi Punyalah Sedap

Makan kat kedai tak puas, Haaa kau masak sendiri sekali 3 bungkus makan dengan suami lagi umphhhh.

Dah lama tak share resepi, hari ni nak share la sebab ada yang requested.

BAHAN-BAHAN :

  • Maggi 3 bungkus, rebus separuh masak toskan.
  • 1 biji Bwg merah saiz besar potong kasar
  • Lobak potong memanjang.
  • Daun sup atau daun kucai.
  • Cili jika suka.
  • 3 sudu makan cili boh atau cili kisar
  • Garam,gula,kicap manis dan kicap masin, sukatan ikut rasa masing-masing.
  • Udang/sotong jika suka
  • Minyak.
  • Telur sebiji.
  • Perencah maggi guna 1 peket jer, jangan guna 3 peket nanti masin.

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak, masukkan cili kisar, banwang dan lobak, tumis sehingga pecah minyak

2. Kemudian, masukkan kicap bahan perasa, perencah maggi kari/ayam, udang/sotong, kacau dalam 3minit.

3. Lepas tu masukkan mee tadi, kacau sebati, api slow, pastu pecahkan telur, tunggu 3 minit baru kacau.

4. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan cili.

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber : Nana Sabrina Sarsan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Rahsia Buat Kuih Siput Yang Terlajak Gebu, Kena Lebihkan ‘1 Bahan’ Ini

Published

on

Rahsia Buat Kuih Siput Yang Terlajak Gebu, Kena Lebihkan ‘1 Bahan’ Ini

Kuih Siput merupakan salah satu kuih yang sentiasa menjadi pilihan ramai setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Sesiapa yang tak suka kuih manis, sesuai sangat buat kuih ini.

Kalau ada yang nak cuba buat nanti, jangan lupa guna resipi ni tau. Sebab ada rahsia nak buat kuih siput supaya lebih gebu dan sedap.

RESIPI KUIH SIPUT YANG GEBU

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 3 sudu cili kisar (nak pedas tambah lagi)
  • 1 paket kecil rempah kari daging (nak letak pun boleh tak nak letak pun ok saja)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan mentega cairkan (Tips kalau suka gebu boleh lebihkan mentega/marjerin)
  • 1 cawan air (letak sekali dengan garam )
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas tepung gandum, cili kisar, rempah kari, telur, mentega yang sudah dicairkan serta air garam. Gaulkan sehingga menjadi doh.

2. Bila doh dah sebati (tak keras, tak lembut dan betul-betul sesuai untuk diterap nanti), bolehlah gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.

3. Bila semuanya siap, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

Selamat mencuba ya!

Kredit: Fatin Harnita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending