Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Lempeng Pisang Kampung Sedap & Wangi. Makan Panas-Panas Memang Sedap

Published

on

Cara Buat Lempeng Pisang Kampung Sedap & Wangi. Makan Panas-Panas Memang Sedap

Lempeng pisang kampung perkongisan Chek Kuna Ahmad nampak sangat menarik dan sedap, lagi lagi dimakan panas-panas.

Sangat sesuai dijadikan hidangan pagi atau pun petang. Bahan-bahan pun ringkas sahaja. Asyik buat cenkodok je kan. Apa kata hujung minggu ni kita buat lempeng pisang pulak.

Makanan orang kampung, lempeng pisang. Makan tengah paneh-paneh. Jom ikuti perkongsian di bawah ini.

RESEPI LEMPENG PISANG KAMPUNG

ARTIKEL LAIN : Resipi Lepat Pisang Klasik, Kuih Popular sepanjang zaman

BAHAN-BAHAN :

  • Pisang
  • Gula
  • Tepung gandum
  • Kelapa parut digaul dgn garam
  • Daun pisang
  • Sedikit minyak

CARA-CARA :

1. Tumbuk atau lenyek pisang sehingga hancur/halus.

2. Masukkan sedikit gula. Kacau rata.

3. Masukkan tepung gandum. Kacau rata dan sebati.

4. Lap/bersihkan daun pisang.

5. Sapu minyak sedikit daun pisang. Ratakan dengan tisu.

6. Ambil beberapa sudu adunan tadi.. ratakan. Ketebalan mengikut citarasa. Taburkan kelapa parut.. sapu rata. Lipatkan adunan.

7. Panaskan kuali. Masak lempeng sehingga masak dan garing.

Siap untuk di makan.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Apam Pisang Gebu Guna Sukatan Cawan, Kisar Bahan Guna Blender Je

Sumber/Foto : Chek Kuna Ahmad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending