Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Kuih Tiram Yang Rangup, Berlapis Cantik, Resipi Daripada Peniaga Sendiri

Published

on

Cara Buat Kuih Tiram Yang Rangup, Berlapis Cantik, Resipi Daripada Peniaga Sendiri

Kuih tiram yang rangup dan manis ini memang ramai peminatnya. Sekali hadap memang ralit boleh habis sebalang. Jika selalu kuih tiram ini kita beli, mungkin sempena Aidiladha ini kita cuba buat sendiri.

Dikongsi oleh peniaga kuih tiram sendiri, Aznor Aznora boleh ikut resipi yang digunakan untuk jualan.
Buat sendiri kuih tiram yang rangup, berlapis cantik

Cara Buat Kuih Tiram Yang Rangup, Berlapis Cantik, Peniaga

ARTIKEL LAIN : Nasi Lebihan Banyak Boleh Buat Bepang Rangup Manis, Senang Nak Buat

Bahan-bahan

  • 1 bungkus tepung gandum cap Ros
  • 6 sudu makan marjerin (cairkan)
  • 1 biji telur(kacau dulu)
  • 1 sudu makan garam
  • Air sejuk secukupnya
  • 1/2 paket minyak masak
  • 1/2 paket tepung ubi
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara membuat

1. Gaul minyak masak dan tepung ubi hingga adunan sederhana pekat. Ketepikan dulu, bahan ini adalah untuk sapuan pada doh nanti.

2. Tuang tepung gandum dalam bekas, buat lubang di tengah-tengah. Letak garam, marjerin yang dicairkan di dalamnya.

3. Kacau dengan senduk garam dan marjerin tadi hingga garam hancur. Selepas itu baru ratakan pada semua tepung. Ramas-ramas sampai jadi seperti serbuk roti.

4. Tuang telur, gaul sekejap kemudian curahkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang sederhana lembut.

5. Selepas itu bolehlah canaikan doh. Sapu doh yang siap dicanai nipis ini dengan bancuhan tepung ubi dan minyak tadi.

6. Seterusnya gulung doh dan barulah dipotong menjadi bahagian yang kecil.

7. Lenyek atau canaikan doh yang dipotong, kemudian bolehlah digoreng hingga garing keemasan. Angkat dan tos minyak. Biar sejuk sebelum digaul dengan gula halus.

Selamat mencuba

Sumber : Aznor Aznora

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Petua Mudah Bersihkan Minyak Masak Hitam Selepas Goreng Ikan Cencaru Sumbat

Published

on

Petua Mudah Bersihkan Minyak Masak Hitam Selepas Goreng Ikan Cencaru Sumbat

Ikan cencaru sumbat memang antara menu kegemaran ramai kerana rasanya yang pedas, wangi dan cukup menyelerakan apabila dimakan bersama nasi panas. Namun, ada satu masalah yang sering dihadapi ketika menggoreng hidangan ini iaitu minyak masak cepat menjadi hitam.

Kebiasaannya isi sambal yang terkeluar ketika proses menggoreng akan menyebabkan minyak dipenuhi sisa hangus. Akibatnya, minyak menjadi keruh dan tidak sesuai digunakan untuk menggoreng makanan lain.

Ramai yang terus menukar minyak baru walaupun baru sekali digunakan kerana bimbang makanan seterusnya akan menjadi gelap dan kurang sedap.

Sebenarnya ada cara mudah untuk menjernihkan semula minyak masak tanpa perlu membuangnya. Petua ini hanya menggunakan tepung jagung dan air sahaja.

Petua Bersihkan Minyak Masak Hitam

Bahan Diperlukan

  • 3 hingga 4 sudu besar tepung jagung
  • Air secukupnya

Cara-Caranya

  1. Masukkan tepung jagung ke dalam mangkuk kecil.
  2. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi bancuhan cair.
  3. Panaskan semula minyak masak yang telah hitam tadi menggunakan api perlahan.
  4. Tuangkan bancuhan tepung jagung ke dalam minyak.
  5. Biarkan seketika sehingga sisa hangus berkumpul dan mendap.
  6. Tapis minyak untuk mengasingkan sisa kotoran tersebut.
  7. Hasilnya minyak akan kelihatan lebih jernih dan boleh digunakan semula untuk menggoreng makanan lain.

Kenapa Tepung Jagung Berkesan?

Tepung jagung membantu menarik sisa hangus dan kekotoran di dalam minyak supaya lebih mudah diasingkan. Kaedah ini bukan sahaja membantu menjimatkan minyak masak, malah mengurangkan pembaziran di dapur.

Petua ini sangat berguna terutama ketika memasak lauk bergoreng yang mudah meninggalkan sisa seperti ikan sumbat, ayam bersalut tepung dan makanan bergoreng lain.

Tips Tambahan Ketika Menggoreng Ikan Sumbat

  • Gunakan api sederhana supaya sambal di dalam ikan tidak cepat hangus.
  • Pastikan ikan benar-benar kering sebelum digoreng untuk mengelakkan minyak meletup.
  • Jangan terlalu kerap membalikkan ikan kerana isi sambal mudah terkeluar.

Penutup

Petua mudah menggunakan tepung jagung ini memang sangat membantu untuk memastikan minyak masak tidak terus dibuang selepas sekali penggunaan. Selain lebih menjimatkan, minyak juga boleh digunakan semula dengan lebih bersih dan selamat.

Bagi yang selalu memasak ikan cencaru sumbat di rumah, bolehlah cuba cara ini selepas menggoreng nanti.

Continue Reading
Advertisement

Trending