Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Ikan Masak Taucu Jadi Lebih Sedap, Bau Pun Enak. Kena Letak Sikit Sos Ini

Published

on

Cara Buat Ikan Masak Taucu Jadi Lebih Sedap, Bau Pun Enak. Kena Letak Sikit Sos Ini

Antara hidangan menggunakan taucu yang sedap adalah ikan masak taucu. Paduan rasa masin, manis dan pedas boleh buat kita terus makan sampai lupa tentang diet. Lauk ini kena ada kuah lebih sikit baru terasa keenakannya.

Satu lagi jika nak ikan masak taucu ini jadi lebih sedap ada satu lagi bahan yang kena letak iaitu sos ikan. Tip ini diturunkan oleh Nana Sabrina Sarsan dan beliau juga berkongsi cara membuatnya.

Ini cara saya buat masak taucu. Saya tambah 1 bahan ni agar ikan taucu jadi lagi sedap, aroma memikat hingga lupa diet.

Cara Buat Ikan Masak Taucu

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ikan Siakap Bakar Ala-Ala Kuala Perlis. Cicah Air Asam Memang Rasa Sedapnya!

Bahan-bahan

  • Ikan perap dengan garam dan kunyit, kemudian goreng bagi garing, ketepikan.
  • Bawang merah, bawang putih & halia -dikisar
  • Air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Sos ikan (ini bahan penyedap ikan masak taucu)
  • Garam, gula dan serbuk perasa
  • Kicap lemak manis (sedikit saja)
  • Taucu (basuh dahulu supaya tak terlalu masin)

Bahan hiasan

  • Bawang holand, cili merah dan hijau, serta daun bawang yang dihiris.

Cara membuat:

1. Tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan taucu.

2. Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jika suka berkuah lebihkan air, kalau suka pekat, kurangkan.

3. Kemudian masukkan sos ikan (sedikit sahaja), garam, gula dan serbuk perasa dan kicap. Biarkan mendidih seketika.

4. Masukkan bahan hiasan, kacau sebati dan akhir sekali masukkan ikan, biar sebati dengan kuah seketika kemudian boleh tutup api. Siap!

Selamat mencuba!

Summber : Nana Sabrina Sarsan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Rahsia Buat Kuah Dhal Yang Padu, Sedap Mengalahkan Kedai Mamak!

Published

on

Rahsia Buat Kuah Dhal Yang Padu, Sedap Mengalahkan Kedai Mamak!

Kuah dhal sangat sedap jika dimakan dengan roti seperti roti canai, naan, atau capati. Makan dengan nasi putih pun lazat. Resipi ini tiada penggunaan santan dan juga ikan bilis.

Bahan yang digunakan juga cukup ringkas, cara memasak pun senang. Tetapi hasilnya mengalahkan dhal di kedai mamak. Orang yang baru belajar memasak pun boleh berjaya dengan sekali cuba.

Tidak percaya? Mari tengok resipinya di bawah.

RESEPI KUAH DHAL ALA KEDAI MAMAK

Bahan-bahan:

  • 2 cawan moong dhal (bukan dhal biasa yang orang selalu masak dalca itu, namanya toor dhal)
  • 1 biji tomato, dihiris

Cara-cara:

Rebus bahan-bahan di atas sehingga moong dhal betul-betul lembut. Boleh guna pressure cooker jika ada. Bila sudah masak, tambah serbuk kunyit supaya warnanya lebih cantik.

Bahan Tumis:

  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 batang lada kering, dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Tumis semua bahan sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan tumis ke dalam moong dhal yang telah direbus.
  3. Tambah garam. Biar kuah mendidih. Siap!
  4. Makan chapati memang sedap. Kalau makan dengan nasi, padankan dengan sambal belacan dan ikan kering.

Info tambahan: Pastikan guna moong dhal. Dhal ini kecil sahaja. Rasanya lebih manis dan lemak, tidak sama seperti kacang dhal biasa yang besar-besar itu. Berbeza sama sekali. Harganya mahal sedikit, tetapi berbaloi.

Sumber : Habibah Badar Bajrai

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending