Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Drumnet Ayam Bakar Pedas Manis Yang Sedap Untuk Diratah

Published

on

Cara Buat Drumnet Ayam Bakar Pedas Manis Yang Sedap Untuk Diratah

Ayam bahagian drumnet ini memang sedap sebab isinya lembut. Salah menu yang enak untuk bahagian ini selain goreng adalah drumnet ayam bakar pedas manis.

Kalau masak begini biasanya tak sempat nasi masak, dah licin diratah. Memang sedap. Jadi jika masak, buat banyak terus supaya puas makan. Selain drumnet, boleh juga gunakan bahagian kepak ayam.

Cara membuatnya boleh ikut perkongsian Victoria’s Choice.

Cara Buat Drumnet Ayam Bakar Manis Pedas

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ayam Masak Kicap Kering, Hidangan Paling Simple Dan Sedap. Ikut Resepi Ni Memang Menjadi!

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam bahagian drumnet
  • Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
  • Madu secukupnya

Bahan rempah:

  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 2 sudu kecil serbuk bawang
  • 2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
  • 1 Sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa

Cara memasak

1. Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan ayam dan gaulkan hingga sebati.

2. Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).

3. Susunkan ayam di dulang ketuhar. Kemudian masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

4. Bakar kali pertama pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas drumnet ayam dan bakar lagi selama 10 minit.

5. Akhir sekali, campurkan madu dengan drumnet ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan (lebih kurang 10 – 20 minit, Bergantung pada ketuhar).

6. Keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas.

Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada digoreng dengan minyak.

INFO : Rasa manis dan pedas boleh ikut cita rasa masing-masing.

Selamat mencuba.

Sumber : Victoria Choice’s

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tip Penjagaan Pokok Pudina Supaya Kekal Segar dan Hidup Subur Bertahun-Tahun

Published

on

Tip Penjagaan Pokok Pudina Supaya Kekal Segar dan Hidup Subur Bertahun-Tahun

Pokok pudina atau daun mint merupakan antara herba yang semakin popular di Malaysia kerana kegunaannya yang pelbagai. Ia sering digunakan dalam masakan seperti laksa, minuman herba, serta dijadikan ulam segar yang menyegarkan.

Namun begitu, tidak semua orang mudah mendapatkan daun pudina segar setiap masa kerana ia biasanya hanya dijual di pasar tertentu. Disebabkan itu, ramai mula memilih untuk menanam sendiri pokok pudina di rumah.

Menariknya, pokok pudina bukan sahaja mudah ditanam, malah boleh hidup lama jika dijaga dengan cara yang betul. Dengan penjagaan yang sesuai, ia boleh bertahan sehingga bertahun-tahun dan terus memberi hasil segar.

Kenapa Pokok Pudina Sesuai Ditanam di Rumah?

Pudina ialah tanaman herba yang mudah hidup dan tidak memerlukan penjagaan rumit. Ia boleh ditanam dalam pasu kecil, di balkoni, dapur atau mana-mana ruang yang mempunyai cahaya sesuai.

Selain menjimatkan kos, menanam sendiri juga memastikan bekalan daun pudina sentiasa segar untuk kegunaan harian.

Tip Penjagaan Pokok Pudina Dalam Pasu

1. Potong Bahagian Rosak

Jika daun atau batang mula bertukar warna hitam atau layu, potong bahagian tersebut menggunakan gunting yang bersih.

Tinggalkan bahagian batang yang masih sihat di atas tanah supaya pertumbuhan baru boleh berlaku.

2. Buang Batang Rosak

Pastikan semua batang yang sudah reput atau hitam dibuang daripada pasu supaya tidak menjejaskan kesihatan pokok utama.

3. Letak di Tempat Teduh

Pokok pudina tidak sesuai terdedah kepada cahaya matahari secara terus dalam tempoh lama.

Letakkan pasu di kawasan yang redup seperti balkoni berbumbung atau tepi tingkap yang tidak terlalu panas.

4. Siram Secara Konsisten

Siram sekurang-kurangnya sekali sehari bergantung kepada keadaan cuaca.

Pastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak terlalu basah untuk mengelakkan akar rosak.

Kitaran Hidup Pokok Pudina

Dengan penjagaan yang betul, pokok pudina boleh hidup sangat lama. Ada yang berjaya mengekalkannya lebih daripada tiga tahun dan masih menghasilkan daun segar secara berterusan.

Selepas dipangkas dan dibersihkan, pokok biasanya akan kembali segar dalam tempoh beberapa minggu dan boleh dituai semula.

Kelebihan Menanam Pokok Pudina Sendiri

  • Bekalan daun segar sentiasa ada di rumah
  • Menjimatkan kos belian di pasar
  • Mudah dijaga walaupun untuk pemula
  • Boleh ditanam dalam ruang kecil
  • Pelbagai kegunaan dalam masakan dan minuman

Khasiat Daun Pudina Untuk Kesihatan

Selain kegunaan dalam masakan, daun pudina juga terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan seperti:

  • Membantu melegakan sakit kepala
  • Menyegarkan pernafasan dan nafas
  • Membantu melegakan selsema
  • Menenangkan emosi dan tekanan
  • Membantu penghadaman
  • Melegakan loya dan ketidakselesaan perut
  • Menyokong kesihatan otot selepas aktiviti fizikal

Penutup

Menanam pokok pudina di rumah adalah satu pilihan bijak bagi mereka yang ingin menikmati herba segar setiap hari tanpa perlu bergantung kepada pembelian di luar.

Dengan penjagaan yang mudah seperti pemangkasan, siraman konsisten dan penempatan yang sesuai, pokok pudina boleh hidup subur dalam tempoh yang lama.

Semoga panduan ini membantu anda mula menanam sendiri di rumah dan menikmati manfaatnya untuk jangka masa panjang.

Continue Reading
Advertisement

Trending