Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Biskut Snow Almond Cookies, Sedapnya Memang Tak Cukup Sebalang

Published

on

Cara Buat Biskut Snow Almond Cookies, Sedapnya Memang Tak Cukup Sebalang

Selain biskut popular Almond London, Biskut Snow Almond Cookies ini juga tidak kurang hebatnya. Dengan konsep celupan coklat yang sama, biskut Snow Almond ini lebih mudah jika disediakan lebih awal. Hanya tinggal celupkan sahaja coklat.

Buat biskut ni tidak mengira musim raya. Bila-bila pun boleh membuatnya. Tambah pula ada biskut kegemaran anda. Nak beli pun harga boleh tahan mahal. Jadi berbaloi kalau buat sendiri.Cuti sekolah ni bolehlah buat cookies kegemaran bersama anak-anak seperti snow almond ni untuk kudapan.

Nak resipi snow almond yang rangup dan sedap, jom cuba resipi perkongsian El-Ain Arzmi ini. Sedap!

Cara Buat Biskut Snow Almond Cookies

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Biskut Bangkit Cheese. Sedap, Rangup Dan Cair Dimulut.

Resepi asal dari kakak Faizah Arzmi.. Awal2 buat untuk anak2 je.. Sekarang alhamdulillah ade peminatnye tersendiri di shopee dan area taman rumah.

Bahan-bahan : 

  • 500g butter (Brand buttercup)
  • 1 1/2 cwn gula caster
  • 1 cwn susu tepung
  • 1 cwn serbuk badam
  • 1 cwn nestum original
  • 1 cwn tepung jagung
  • 5 cwn tepung gandum

kacau sehingga sebati

Cara- cara : 

kacau sehingga menjadi doh lembut.. Sekiranya doh lembik tambah tepung gandum sedikit2 sehingga doh xmelekat di tangan.

Bentukkan bulat2.. Bakar suhu 150’c masa 20minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan.

Adunan ni boleh dapat dalam 190biji biskut.

Bahan hiasan:

  • 2 cwn Dark Beryls coin*
  • 2 sudu cocobutter*
  • Serbuk roti

*Double boil sehingga coklat larut n sebati.

Celup biskut dalam larutan coklat yang suam2 dan salut dalam serbuk roti.. Ramai pelanggan confius putih2 tu adalah serbuk kelapa tapi bukan ya tu ada serbuk roti atau breadcrumb.

Sedia dihidang.. InsyaAllah saya yakin resepi ini boleh buat jualan.. Rasanya sangat sedap lemak manis pahit coklat biskut yang rangup..

Selamat mencuba!

Sumber : El-Ain Arzmi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending