Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Ayam Masak Merah Simple, Tak Letak Santan Atau Susu Cair Tapi SEDAP!

Published

on

Cara Buat Ayam Masak Merah Simple, Tak Letak Santan Atau Susu Cair Tapi SEDAP!

Ayam Masak Merah selalu dihidangkan bersama dengan nasi minyak. Namun makan dengan nasi putih sahaja pun sedap. Selalunya ramuan yang mesti ada bila nak buat resipi Ayam Masak Merah ni, ialah santan, susu cair dan tomato puri.

Namun demikian ada resipi yang lebih simple tapi sedap nak buat Ayam Masak Merah ni. Sekali masak seekor ayam. Anak-anak semua pakat-pakat lalu makan. Alhamdulillah

Resepi ayam merah simple (takde letak santan atau susu cair) tapi sedap. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ruslan N Melor ini.

Cara Buat Ayam Masak Merah Simple

ARTIKEL LAIN : Rahsia Buat Ayam Roasted Yang Giler Sedap, Garing DiLuar Lembut Didalam. Guna Air Fryer Je

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam (goreng bagi kering air ja, barulah berjus)

Bahan Kisar

  • Segenggam cabai kering ,gunting basuh rebus air panas hingga lembut-basuh toskan
  • 2 biji buah tomato
  • 1 biji lobak
  • 3 biji bawang besar + bawang putih 5-6 biji
  • Halia + jintan manis+ jintan putih

*Blender semua bahan di atas hingga hancur halus.

  • Jintan manis separuh sudu kecil & jintan putih 1/3 sudu kecil(secubit)
  • 4-5 sudu Sos Cili
  • 1 batang Serai (dititik)
  • 4 sekawan
  • Sehelai Daun Pandan
  • gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Boleh guna minyak goreng ayam tadi, tumiskan 4 sekawan, serai dititik, sehelai daun pandan (nak simpul boleh nak potong-potong pun boleh). Tumis sampai wangi.

2. Kemudian masukkan bahan yang diblender tadi. Masak sehingga bahan sebati dan berbau wangi.

3. Masukkan ayam, sos cili kacau sampai rencah masak pecah minyak, gula dan garam secukup rasa.Kacau sehingga sebati.

4. Boleh masukkan bawang besar yang dimayang dan cabai besar merah. Kalau dah cukup rasa, boleh tutup api. Dah siap!

Last sekali tabur dengan daun sup.

Tip Ekstra!

Cabai kering tu kena rebus dan basuh bersih baru nanti masak warna mengancam.

Jintan manis kena lebih dari jintan putih ye. Jintan putih sikit ja. Nak bau menggoda daun sup jangan lupa.

Selamat Mencuba!

ARTIKEL LAIN : Ayam Masak Lemak Cili Api Cara Negeri Sembilan, Tak Payah Letak Bawang

Sumber: Ruslan N Melor

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending