Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Ayam Masak Kuzi Cara Orang Pantai Timur, Cicah Dengan Roti Jala Memang Layan

Published

on

Cara Buat Ayam Masak Kuzi Cara Orang Pantai Timur, Cicah Dengan Roti Jala Memang Layan

Kalau asal dari Pantai Timur mungkin biasa dengan ayam masak kuzi. Hidangan ini paling ngam sekali makan dengan roti jala atau apa jenis roti, nak makan dengan nasi minyak pun sedap.

Waktu raya ini kalau nak jamu tetamu dengan hidangan roti jala boleh cuba masak ayam kuzi ini untuk kelainan. Cara membuatnya dikongsi oleh Halina Ab Hamid.

Cara Buat Ayam Masak Kuzi

ARTIKEL LAIN : Cara Bancuh & Kirai Roti Jala Supaya Tetap Lembut Walaupun Dah Semalaman

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam – direbus & goreng (minyak goreng ayam simpan untuk menumis)
  • Bawang merah – 1/2 kilo (mayang, goreng dan kisar)
  • Sos tomato – 3 sudu besar
  • Susu cair – 1/2 tin
  • Susu manis – 1/4 tin
  • Bawang putih – 6 ulas (tumis)
  • Halia – 2 jari (tumis)
  • Rempah kuzi – 2 sudu makan penuh (kami pakai cap Kg Langgar)

Cara memasak :

1. Tumis bawang putih & halia dengan mengunakan minyak sapi & minyak goreng ayam sampai naik bau.

2. Masukkan rempah kuzi & tumis lagi sampai masak (lebih kurang 20 minit).

3. Bila dah masak, masukkan bawang goreng yang sudah dikisar (tambah air, kena pandai agak-agak ya). Masukkan juga susu cair, susu pekat & sos tomato. Kacau sebati hingga menggelegak.

4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan garam & gula secukup rasa. Tak cukup rasa tambah tomato, garam & gula. Nak manis atau masin atas cita rasa masing-masing.

5. Bila dah masak macam dalam gambar kira dah masak. Boleh tutup api.

Boleh cicah dengan roti butut atau roti jala atau ikutlah roti apapun.

Selamat mencuba.

Sumber : Halina Ab Hamid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending