Connect with us

Tips Dan Petua

Cara buat Ayam Masak Kurma. Pekat, Lazat Dan Terbaik Dari Dapur Untuk Anda.

Published

on

Cara buat Ayam Masak Kurma. Pekat, Lazat Dan Terbaik Dari Dapur Untuk Anda.

Selamat pagi semua. Kali ni kami nak kongsikan kepada anda menu masakan untuk lunch dan dinner. Ayam Masak kurma yang dikongsikan oleh Dani Shoppe’s. Kata dia;

Jangan kecam ye kalau ade kesalahan dalam cara masakan ni sebab saya ikutkan selera ayah saya ye. Dia yang mintak saya buat macam ni dan gantikan santan kepada susu cair. Raikan perbezaan ye, selera orang-orang tua, kita ikutkan je selagi dia masih bernafas.

Cara Untuk Membuat Ayam Masak Kurma.

ARTIKEL LAIN : Resepi Ayam Kicap Mayonis, Sedapnya Sampai Anak & Suami Menjilat Jari

Bahan-Bahan: Sukatan agak-agak ye:

  • Seekor Ayam yang telah dicuci bersih.
  • Sepeket Rempah Kurma Adabi.
  • Sebiji Bawang merah potong halus.
  • Sebiji Bawang holland separuh potong wedges, separuh hiris halus.
  • Beberapa ulas Bawang putih dihiris halus.
  • 3 biji Kentang yang dibuang kulit.
  • Susu cair secukupnya.
  • Garam, Gula secukupnya.
  • Tomato, Cili besar dan Telur rebus jika suka.
  • Bunga lawang, Kulit kayu manis dan Pelaga secukupnya.
  • Air masak secukupnya.

Cara-Cara:

1.Panaskan kuali atau periuk. Masukkan minyak kemudian tumiskan bawang yang dihiris halus dan rempah kasar sehingga naik bau.

2.Masukkan rempah kurma adabi yang telah dibancuh dengan sedikit air untuk menjadikanya pes rempah kurma.

3.Saya tumis 3 kali garing. Saya masukkan air, dia kering dan garing pastu masukkan air. Macam tu la sampai 3x. Jaga api jangan bagi rempah hangus.

4.Kemudian, masukkan ayam, Biarkan dia sebati dengan rempah. Kacau-kacau dan pastikan jaga jangan bagi hangus ye. Tambah air jika perlu. Kemudian masukkan air secukupnya.

5.Masukkan kentang, agak-agak kentang dah separuh masak. Masukkan bawang yang kita potong wedges tadi, biarkan dia mendidih sekejap.

6.Akhir sekali, masukkan la susu cair secukup rasa, garam, gula, air asam jawa kalau suka. Bahan-bahan lain macam buah tomato, cili besar dan telur rebus. Biarkan dia mendidih sekejap. Bila dah agak masak boleh tutup api.

7.Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan lauk-pauk yang lain.

Selamat mencuba.

Sumber : Dani J Tang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending