Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Ayam Masak Kicap Dan Sambal Gesek Ala Tiga Budak Gemok

Published

on

Cara Buat Ayam Masak Kicap Dan Sambal Gesek Ala Tiga Budak Gemok

Hidangan Ayam Masak Kicap ala Tiga Budak Gemok ni memang popular. Enak dan kena dengan selera orang Malaysia.

Ada pula Sambal Gesek, aneka ulam dan telur dadar, Pergh…Sedap tak terkata. Padu beb!

Menerusi perkongsian saudari Rozmaliza Omar, beliau telah berkongsi resipi Ayam Masak Kicap Dan Sambal Gesek Ala Tiga Budak Gemok yang boleh anda cuba. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resipi Ayam Masak Kicap

Bahan A:

  • 1/2 ekor ayam – dibersihkan, potong kecil dan gaul dengan garam serta serbuk kunyit. Goreng hingga garing.

Bahan B: Tumbuk / Kisar Kasar

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili api merah
  • 5 biji cili api hijau
  • 1/2 inci halia – hiris nipis dulu

Bahan C:

  • 4 sudu makan sos tiram
  • 7 sudu makan kicap lemak manis
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan karamel masakan
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 3 tangkai daun kari
  • Garam (bubuh jika perlu sahaja)
  • Ajinomoto – optional

Cara-cara memasaknya:

1. Gorengkan ayam hingga garing. Ketepikan seketika.
2. Tumbuk atau kisar sedikit kasar bahan-bahan B.
3. Gunakan minyak lebihan goreng ayam tadi dan tumis bahan-bahan tumbuk/kisar hingga kuning.
4. Masukkan bahan-bahan C. Garam letak bila perlu. Kacau 2-3 minit. Sesuaikan rasa. Sekiranya suka agak berkuah masukkan sedikit air.
5. Bila sudah cukup rasa, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul rata. Siap.

Resipi Sambal Gesek

Bahan-bahan:

  • 15 biji cili api hijau (*)
  • 15 biji cili api merah (*)
  • 1 biji bawang holland size kecil (*) – potong kasar
  • 3 ulas bawang putih (*) – potong kasar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji perahan limau nipis
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan minyak dan gorengkan semua bahan-bahan yang bertanda (*).
2. Gorengkan hingga layu dan bawang sedikit kekuningan.
3. Bila sudah layu, angkat dan tumbuk/ kisar semuanya hingga 90% lumat..
4. Perasakan dengan garam, gula & jus perahan limau nipis. Sesuaikan rasa. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Sumber: Rozmaliza Omar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending